Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan menunaikan solat Maghrib pada Majlis Bacaan Yasin, Tahlil dan Doa Selamat Sempena Tamat Pemerintahan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XVI di Surau Utama Istana Negara malam ini. FOTO BERNAMA

BERNAMA

Kuala Lumpur: Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan berangkat ke majlis bacaan Surah Yasin, tahlil dan doa selamat di Surau Utama Istana Negara di sini malam ini.

Keberangkatan Seri Paduka yang segak berbaju Melayu cekak musang berwarna oren disambut anakanda, Pemangku Raja Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah.

Turut berangkat Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah, paduka anakanda Seri Paduka serta kerabat Diraja Pahang.

Hadir sama Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar dan Menter Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail.

Majlis sempena tamat pemerintahan Yang di-Pertuan Agong ke-16 itu dimulakan dengan bacaan Surah Yasin dan tahlil serta doa selamat yang dipimpin Penolong Pegawai Agama Istana Negara Ustaz Mohd Zuhairee Mohd Yatim dan disusuli solat Maghrib secara berjemaah.

Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan membaca surah Yasin pada Majlis Bacaan Yasin, Tahlil dan Doa Selamat Sempena Tamat Pemerintahan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XVI di Surau Utama Istana Negara malam ini. FOTO BERNAMA

Seri Paduka akan menamatkan pemerintahannya sebagai Yang di-Pertuan Agong pada 30 Januari ini.

Al-Sultan Abdullah, melafaz sumpah dan menandatangani surat sumpah jawatan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-16 pada 31 Januari 2019 bagi menggantikan Sultan Muhammad V yang meletak jawatan Yang di-Pertuan Agong ke-15 pada 6 Januari tahun yang sama.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 25 January 2024 @ 9:20 PM