AL-Sultan Abdullah bersama Tunku Azizah melambai tangan kepada rakyat jelata.
AL-Sultan Abdullah bersama Tunku Azizah melambai tangan kepada rakyat jelata.
BERNAMA

KUALA LUMPUR: Tiupan nafiri 14 anggota pasukan Istiadat Diraja Tentera Darat mengiringi keberangkatan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Dataran Parlimen hari ini untuk istiadat sambutan rasmi selaku ketua negara baharu.

Keberangkatan tiba Seri Paduka dan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Maimunah Iskandariah Almarhum Sultan Iskandar disambut Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Seri Paduka kemudian berkenan ke Pentas Diraja melintasi Pasukan Pengawal Tombak diiringi Perdana Menteri untuk menerima persembahan tabik Hormat Diraja dari pasukan Kawalan Kehormatan Utama.

Serentak itu, lagu Negaraku dimainkan oleh pasukan Pancaragam Pusat Rejimen Askar Melayu Diraja diketuai Mejar Muhamad Nor AzizanYahya.

  YANG di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah berkenan melafazkan sumpah jawatan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-16 pada Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-252 (Khas) sempena Istiadat Melafaz dan Menandatangani Surat Sumpah Jawatan Yang di-Pertuan Agong ke-16 di Balairung Seri, Istana Negara.

Pada masa sama, bendera peribadi Yang di-Pertuan Agong dikibarkan dan diikuti tembakan meriam sebanyak 21 das oleh pasukan 41 Bateri Istiadat, Rejimen Artileri Diraja.

Seri Paduka kemudian berkenan berangkat memeriksa pasukan Kawalan Kehormatan Utama yang terdiri daripada 103 anggota dan empat pegawai dari Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu Diraja diketuai Mejar Mohd Izham Ahmad Rashidi.

AL-Sultan Abdullah melambai tangan kepada rakyat jelata sebelum berangkat ke Istiadat Melafaz Sumpah dan Menandatangani Surat Sumpah Jawatan serta pengistiharan memegang jawatan Yang di Pertuan Agong ke-16 di Istana Negara.

Istiadat itu diteruskan dengan bacaan doa oleh Mufti Wilayah Persekutuan Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri, disusuli persembahan tabik ‘Hormat Diraja’ serta persembahan lagu Negaraku untuk kali kedua.

Diiringi kenderaan pengiring diraja, Seri Paduka berdua kemudian berangkat meninggalkan Dataran Parlimen ke Istana Negara di Jalan Tuanku Abdul Halim, Bukit Damansara, untuk Istiadat Melafaz Sumpah dan Menandatangani Surat Sumpah Jawatan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-16.

AL-Sultan Abdullah memberi tabik hormat  ketika nyanyian lagu Negaraku pada Istiadat Memeriksa Perbarisan Kehormat sempena Keberangkatan Tiba, Istiadat Melafaz Sumpah Jawatan dan Menandatangani Surat Memegang Jawatan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XVI di Dataran Parlimen, Kuala Lumpur.

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Almarhum Sultan Iskandar diiringi Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad pada Istiadat Keberangkatan Tiba Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong ke-16 di Bangunan Parlimen. Turut hadir Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

AL-Sultan Abdullah menerima Surat Perisytiharan Memegang Jawatan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-16 daripada  Dr Mahathir.
AL-Sultan Abdullah menerima Surat Perisytiharan Memegang Jawatan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-16 daripada Dr Mahathir.

Sultan Abdullah dipilih sebagai Yang di-Pertuan Agong yang baharu bagi tempoh lima tahun berkuat kuasa semalam. Pemilihan Seri Paduka Baginda dibuat pada Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-251 (Khas) di Istana Negara.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 1 Februari 2019 @ 8:30 AM