Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah berkenan berangkat ke majlis Bacaan Yasin, Tahlil dan Doa Selamat, hari ini. FOTO FACEBOOK SULTAN IBRAHIM SULTAN ISKANDAR
Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah berkenan berangkat ke majlis Bacaan Yasin, Tahlil dan Doa Selamat, hari ini. FOTO FACEBOOK SULTAN IBRAHIM SULTAN ISKANDAR
Izz Laily Hussein


Johor Bahru: Permaisuri Johor, Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah berkenan berangkat ke majlis Bacaan Yasin, Tahlil dan Doa Selamat, hari ini.

Majlis yang diadakan di Balai Mengadap Istana Bukit Serene di sini, adalah bersempena dengan keberangkatan baginda bersama Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar ke Kuala Lumpur.

Majlis itu dipimpin Imam Besar Negeri Johor, Makhadzir Abdan Al-Hafiz dan turut hadir, Imam Daerah Johor Bahru, Mohd Nazri Ali, Penolong Pengarah Unit Khutbah Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ), Ishaq Hanis Asmail dan Bilal Masjid Sultan Abu Bakar, Aizuddin Bakri.

Sultan Ibrahim akan berangkat ke Istana Negara bagi Istiadat Melafaz dan Menandatangani Surat Sumpah Jawatan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Ke-17, minggu depan.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 27 January 2024 @ 4:45 PM