Keadaan peralatan memasak di dapur sebuah restoran terkenal di Lebuh Chulia, di sini, ketika pemeriksaan oleh Jabatan Perlesenan Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP). FOTO ZUHAINY ZULKIFFLI
Keadaan peralatan memasak di dapur sebuah restoran terkenal di Lebuh Chulia, di sini, ketika pemeriksaan oleh Jabatan Perlesenan Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP). FOTO ZUHAINY ZULKIFFLI
Zuhainy Zulkiffli


Georgetown: Bau hancing air kencing dan najis tikus menyelubungi stor simpanan bahan mentah makanan di sebuah restoran terkenal.

Itu antara penemuan mengejutkan ketika pegawai penguatkuasa Jabatan Pelesenan Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) melakukan pemeriksaan mengejut di premis terletak di Lebuh Chulia, di sini, tadi.

Susulan itu, restoran yang menyajikan menu Timur Tengah diberikan tiga notis termasuk perintah penutupan selama 14 hari sehingga 30 Januari bagi kerja pembersihan.

Pengarah Jabatan Pelesenan MBPP, M Bawani berkata, pemeriksaan mendapati aspek kebersihan di premis itu amat tidak memuaskan.

Katanya, berlaku pencemaran apabila bahan makanan dialas dengan kertas bercetak selain makanan mentah dan sudah dimasak disimpan bersama.

"Pihak pengurusan premis mendakwa membersihkan perangkap minyak setiap hari namun ketika pemeriksaan dilakukan, kami mendapati keadaannya amat teruk sekali.

"Manakala tahap kebersihan dapur iaitu di tempat memasak amat tidak memuaskan selain telur dan lain-lain makanan diletak bersama cat serta bahan pencuci," katanya tadi.

Mengulas lanjut Bawani berkata, pihak pengurusan premis juga gagal menunjukkan Kad Suntikan Vaksin Anti-Tifoid apabila diminta.

Tinjauan mendapati, bahagian luar beberapa periuk nasi di dapur premis berkenaan kotor dan pinggan mangkuk yang sudah digunakan juga tidak dicuci serta sudah berbau.

Pengurus premis juga dilihat tidak berpuas hati dengan pemeriksaan sebelum dia ditenangkan dan diberi penerangan oleh pihak penguatkuasa.

Premis berkenaan adalah antara tiga yang menerima notis penutupan selama 14 hari mengikut Undang-undang Kecil 38(1) Undang-undang Kecil (Establisymen Makanan) MBPP 1991 menerusi Operasi Penguatkuasaan Kebersihan dan Pematuhan Syarat Lesen yang dijalankan itu.

Dua lagi iaitu premis nasi kandar dan restoran masakan India di Pulau Tikus pula diberi notis penutupan susulan penemuan najis tikus di bahagian dapur.

ca[ption

17 JANUARI 2024 GEORGETOWN. Najis tikus antara yang ditemukan di stor penyimpanan makanan sebuah restoran terkenal di Lebuh Chulia, di sini, ketika pemeriksaan oleh Jabatan Perlesenan Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP). Premis terbabit antara tiga yang menerima notis penutupan berikutan kebersihahan yang tidak memuaskan.NSTP/ FOTO ZUHAINY ZULKIFFLI

GEORGETOWN 17 JANUARI 2024. Najis tikus ditemukan di stor penyimpanan makanan sebuah restoran terkenal di Lebuh Chulia, di sini, ketika pemeriksaan oleh Jabatan Perlesenan Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP)NSTP/ FOTO ZUHAINY ZULKIFFLI

GEORGETOWN 17 JANUARI 2024. Keadaan peralatan memasak di dapur sebuah restoran terkenal di Lebuh Chulia, di sini, ketika pemeriksaan oleh Jabatan Perlesenan Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP)NSTP/ FOTO ZUHAINY ZULKIFFLI

GEORGETOWN 17 JANUARI 2024. Pemeriksaan terhadap peti sejuk beku di dapur sebuah restoran terkenal di Lebuh Chulia, di sini, hari ini. NSTP/ FOTO ZUHAINY ZULKIFFLI

GEORGETOWN 17 JANUARI 2024. Pengarah Jabatan Pelesenan M Bawani. NSTP/ FOTO ZUHAINY ZULKIFFLI

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 17 January 2024 @ 4:29 PM