RAZARUDIN, gambar fail. FOTO Hazreen Mohamad
RAZARUDIN, gambar fail. FOTO Hazreen Mohamad
Muhaamad Hafis Nawawi


Kuala Lumpur: Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan memanggil beberapa individu bagi membantu siasatan dakwaan kes gangguan seksual membabitkan bekas Ketua Pengarah Jabatan Komunikasi Komuniti (J-Kom), Datuk Dr Mohammad Agus Yusoff.

Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain berkata, pihaknya setakat ini sudah merakam percakapan penolong pegawai J-Kom, Abdul Wahab Abdul Kadir pada Khamis lalu.

"Kita sudah ambil keterangan Abdul Wahab kelmarin (Khamis) manakala beberapa saksi lain akan dipanggil bagi membantu siasatan.

"Ini adalah siasatan baharu. Kertas siasatan berkaitan kes dakwaan video fitnah Mohammad Agus sudah dirujuk pada pejabat Peguam Negara," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Semalam, Razarudin mengesahkan pihaknya menjalankan siasatan berkaitan dakwaan Abdul Wahab yang diganggu secara seksual oleh Mohammad Agus.

Beliau berkata, ia susulan laporan polis diterima pihaknya pada Khamis lalu di Ibu pejabat Polis Daerah Kajang di sini berkaitan gangguan seksual dipercayai berlaku pada 21 Oktober lalu.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 2 Disember 2023 @ 2:53 PM