Nushafika Suhaimi

LAZADA kembali menceriakan rakyat Malaysia dengan penjimatan hebat serta ganjaran menarik sempena Jualan Lazada Payday Black Friday Cyber ​​Monday.

Bermula 25 hingga 28 November ini, pelanggan bakal menikmati diskaun sehingga 80 peratus untuk pelbagai produk berjenama dan berpeluang menebus baucar diskaun 10 peratus dan baucar bernilai RM10 dengan perbelanjaan minimum RM100.

Bukan itu sahaja, terdapat juga tawaran hebat untuk pelbagai produk berjenama serendah RM25*, dan tawaran terhad RM1* pada jam 3.00 petang dan 7.00 malam sepanjang empat hari jualan tersebut.

Malahan, berita baik buat pelanggan yang 'kaki' bola serta gemarkan fesyen, kecantikan dan elektronik, Lazada turut menawarkan baucar potongan 30 peratus dan penghantaran percuma daripada jenama yang mengambil bahagian pada tarikh terpilih.

Sepanjang tempoh jualan, pelanggan juga boleh menikmati tawaran harian dalam pelbagai kategori, antaranya fesyen dan aksesori termasuk pakaian dan kasut sukan pada 25 November 2022 (Jumaat), kecantikan pada 26 November 2022 (Sabtu), dan barangan elektronik mudah alih dan tablet, TV dan perkakasan rumah pada 27 dan 28 November 2022 (Ahad dan Isnin).

Klik pada paparan Jualan Lazada Payday Black Friday Cyber ​​Monday di laman utama aplikasi Lazada untuk menyemak promosi, dan maksimumkan penjimatan dengan diskaun dan timbunan baucar yang lain.

Ini sekaligus membolehkan pelanggan menikmati lebih daripada satu penjimatan bersama kupon lain pada satu pembelian.

Dapatkan maklumat lanjut di https://www.lazada.com.my/ dan ikuti Lazada Malaysia di Facebook, Instagram, Twitter, dan Youtube dan muat turun aplikasi mudah alih Lazada di App Store, Google Play Store, atau HUAWEI AppGallery.

*Tertakluk kepada terma dan syarat.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 24 November 2022 @ 3:16 PM