SALASIAH (dua kiri) bersama tetamu kerhormat ketika sesi bacaan serentak bermula pada Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) mengadakan program Jom Baca Bersama 10 Minit 2023 di Menara PNM. FOTO Aswadi Alias

Nurul Sabrina Jamali

Kuala Lumpur: Program Jom Baca Bersama 10 Minit adalah inisiatif ke arah membentuk masyarakat minat membaca walaupun dalam tempoh yang singkat.

Ketua Pengarah Perpustakaan Negara Salasiah Abdul Wahab berkata, budaya membaca wajar dijadikan sebagai satu gaya hidup dalam masyarakat madani kerana amalan itu adalah pemangkin kemajuan bangsa dan negara.

"Dengan adanya masyarakat madani yang berbudaya membaca, negara kita akan mempunyai rakyat yang berminda aktif, kreatif, berinovasi dan berkebolehan berfikiran waras.

"Bukan sekadar program ini sahaja, tetapi ada program lain yang berskala besar, sederhana dan kecil yang diharapkan dapat melahirkan kebijaksanaan dalam kehidupan masyarakat Malaysia," katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan program itu yang bertemakan Baca Bina Insan, di sini, hari ini.

Menurutnya, kuasa dorongan ibu bapa di rumah penting dalam memupuk amalan membaca golongan generasi muda kini.

"Budaya membaca tidak terhad kepada institusi atau jabatan sahaja, malah perlu dipupuk dari awal oleh ibu bapa di rumah supaya mereka lebih terbiasa untuk membaca," katanya.

Beliau turut menyeru masyarakat mengambil peluang dalam era digital kini untuk meningkatkan pembacaan dalam kehidupan.

Menurutnya, terdapat 52.9 juta bahan bacaan eBuku dan eJurnal di platform digital yang disediakan pihaknya untuk masyarakat.

SALASIAH (dua kiri) bersama tetamu kerhormat sesi bergambar dengan bergambar dengan menunjukkan poster ‘Jom Membaca’ pada Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) mengadakan program Jom Baca Bersama 10 Minit 2023 di Menara PNM. FOTO Aswadi Alias

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 18 Mei 2023 @ 2:40 PM