ANGGOTA Palapes UPNM melakukan pembersihan rumah.
ANGGOTA Palapes UPNM melakukan pembersihan rumah.
Muhaamad Hafis Nawawi


Johor Bahru: Seramai 90 orang sukarelawan Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) menyertai Misi Bantuan Pasca Banjir Johor 2023 bagi membantu mangsa banjir yang memerlukan bantuan dan sokongan.

Sukarelawan terdiri daripada 20 kakitangan, 35 penuntut dan 35 Palapes UPNM bersama dalam misi pembersihan rumah terkesan banjir di Segamat dan Kota Tinggi.

Naib Canselor UPNM, Leftenan Jeneral Datuk Hasagaya Abdullah turut turun padang dan menyantuni penduduk terjejas banjir di Felda Medoi, Segamat.

Beliau berkesempatan mengunjungi warga Felda dan menyerahkan 100 Bakul Rahmah KPT-UPNM kepada Ketua Kampung untuk diagihkan kepada mangsa terjejas.

MISI Bantuan Pasca Banjir Johor 2023 oleh UPNM.
MISI Bantuan Pasca Banjir Johor 2023 oleh UPNM.

Sementara itu, di Pusat Khidmat Parlimen Kota Tinggi, Johor, Hasagaya menyempurnakan Majlis Penyerahan 100 Bakul Rahmah KPT-UPNM kepada Pegawai Pejabat Khidmat Parlimen Kota Tinggi, Mohamad Aidil.

Program pasca banjir ini turut dihadiri oleh Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa), Prof Datuk Ts Dr Ahmad Mujahid Ahmad Zaidi; Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) Prof Ts Dr Muhd Zuazahan Yahyadan pegawai Kanan UPNM.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 12 Mac 2023 @ 7:17 PM