KAMIL (kanan) menyerahkan bantuan bakul makanan kepada Hasagaya. FOTO ihsan UPNM
KAMIL (kanan) menyerahkan bantuan bakul makanan kepada Hasagaya. FOTO ihsan UPNM
Muhaamad Hafis Nawawi


Kuala Lumpur: Seramai 300 warga Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) yang terkesan akibat pandemik Covid-19 menerima bantuan bakul makanan.

Bakul makanan itu hasil sumbangan Pengerusi Lembaga Pengarah UPNM yang juga Pengarah Urusan Weststar Group, Tan Sri Dr Syed Azman Syed Ibrahim.

Penyerahan sumbangan disampaikan Setiausaha Sulit Kanan Pengarah Urusan Weststar, Datuk Kamil Din kepada Naib Canselor UPNM, Leftenan Jeneral Datuk Hasagaya Abdullah.

Warga UPNM mengucapkan terima kasih di atas keprihatinan Syed Azman dan berharap usaha itu dapat memastikan kebajikan golongan terjejas terjamin serta mempunyai bekalan makanan dan keperluan asas mencukupi.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 5 Oktober 2021 @ 6:49 PM