SEBAHAGIAN wakil media yang hadir bagi menunggu keputusan Pemilihan Jawatan Naib Presiden dan Ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno 2023-2026 di Auditorium UMNO WTC, Kuala Lumpur. FOTO Hairul Anuar Rahim.
SEBAHAGIAN wakil media yang hadir bagi menunggu keputusan Pemilihan Jawatan Naib Presiden dan Ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno 2023-2026 di Auditorium UMNO WTC, Kuala Lumpur. FOTO Hairul Anuar Rahim.
BERNAMA

Kuala Lumpur: Pengerusi Badan Perhubungan Umno Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail sedang mendahului perebutan jawatan Naib Presiden pada Pemilihan Umno 2023.

Setakat 11.30 malam ini, beliau memperoleh 75 undi dan diekori rapat oleh penyandang, Datuk Seri Mohamed Khaled dengan 72 undi.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Wilayah Persekutuan Datuk Seri Johari Abdul Ghani pula di kedudukan ketiga dengan 60 undian.

Kedudukan terkini calon lain ialah Datuk Seri Azalina Othman Said (38 undi), Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican (31 undi), Datuk Hasni Mohammad (26 undi), Datuk Seri Mahdzir Khalid (15 undi) dan Dr Mohd Yusof Musa (0 undi).

Persaingan bagi mengisi slot Ahli Majlis Kerja Tertinggi didahului Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah dengan 78 undi diekori rapat oleh Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz yang meraih 75 undi.

Bagi jawatan Pengerusi Tetap, Tan Sri Badruddin Amiruldin hampir pasti kekal apabila jauh mendahului pencabarnya, Datuk Shamsul Najmi Shamsudin, dengan 89 undi berbanding 6 undi setakat ini.

Jawatan Timbalan Pengerusi Tetap pula didahului Datuk Seri Abdul Fattah Abdullah dengan 60 undi.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 19 Mac 2023 @ 12:09 AM