PERTANDINGAN e-Sport Sistem Kawalan Drone yang julung kali diadakan tahun ini berjaya mencatatkan penyertaan seramai 100 penyertaan.
PERTANDINGAN e-Sport Sistem Kawalan Drone yang julung kali diadakan tahun ini berjaya mencatatkan penyertaan seramai 100 penyertaan.
Oleh Suliati Asri

Bidang Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) terbukti mampu menghasilkan tenaga kerja mahir yang memenuhi keperluan pihak industri.

Menjelang 2030, TVET dijangka mampu melahirkan sebanyak 35 peratus tenaga kerja berkemahiran tinggi.

Justeru, dalam usaha menyemai kesedaran TVET dalam kalangan masyarakat Malaysia dan menjadikan bidang itu sebagai pilihan utama alam kerjaya, Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) menganjurkan Karnival Masuk Institut Latihan Kemahiran Secara Maya 2022.

Dengan slogan Jom Pilih Kemahiran, karnival ini bertepatan dengan teras Strategik keenam di dalam Kerangka Blueprint Pembangunan Modal Insan Berkemahiran Memperkasakan Modal Insan Melalui TVET Dipacu Industri 2021-2025 yang menggariskan untuk menyebar luas kesedaran TVET dalam kalangan masyarakat.

ANTARA reruai maya dari 75 institut latihan kemahiran awam dan swasta.
ANTARA reruai maya dari 75 institut latihan kemahiran awam dan swasta.

Berlangsung selama lima hari bermula 26 hingga 30 September lalu, karnival ini berjaya mencatatkan seramai 42,395 pengunjung maya.

Bukan itu saja, karnival ini juga berjaya menghimpunkan lebih 75 institut latihan kemahiran awam dan swasta yang menyediakan pelbagai informasi peluang latihan kemahiran kepada pengunjung.

Di samping itu, memeriahkan lagi karnival yang diadakan secara maya ini, pelbagai aktiviti dianjurkan melalui platform, jompilihkemahiran2022.dsd.gov.my secara interaktif yang berbentuk pengetahuan, inovasi dan teknologi.

Sesi webinar membabitkan 13 penceramah dari pelbagai agensi awam dan swasta antaranya Jabatan Pembangunan Kemahiran, Jabatan Tenaga Manusia, Pusat Latihan Pengajar dan Kemahiran Lanjutan (CIAST), Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia Kementerian Belia dan Sukan (KBS), JPPKK, Kolej Vokasional, Majlis Amanah Rakyat (MARA), GIATMARA, Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB), PTPK dan Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) turut diadakan.

Selain itu, menariknya, Pertandingan e-Sport Sistem Kawalan Drone yang julung kali diadakan tahun ini berjaya mencatatkan penyertaan seramai 100 penyertaan.

Sebanyak 20 pasukan menyertai Pertandingan Debat Kemahiran Negara yang membabitkan golongan belia mengupas isu semasa TVET dan Latihan Kemahiran.

Melalui penganjuran karnival seperti ini, ia dilihat akan dapat mengarusperdanakan lagi bidang TVET di dalam negara khususnya dalam melahirkan tenaga kerja mahir negara.

SESI webinar membabitkan 13 penceramah dari pelbagai agensi awam dan swasta antaranya Jabatan Pembangunan Kemahiran, Jabatan Tenaga Manusia, CIAST, Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia KBS, JPPKK, Kolej Vokasional, MARA, GIATMARA, CIDB, PTPK dan Perkeso turut diadakan.
SESI webinar membabitkan 13 penceramah dari pelbagai agensi awam dan swasta antaranya Jabatan Pembangunan Kemahiran, Jabatan Tenaga Manusia, CIAST, Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia KBS, JPPKK, Kolej Vokasional, MARA, GIATMARA, CIDB, PTPK dan Perkeso turut diadakan.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 14 Disember 2022 @ 7:01 AM