SEORANG remaja maut selepas kereta dipandu bertembung dengan lori 10 tan lalu terbakar, di sini, malam tadi. FOTO Norsyazwani Nasri
SEORANG remaja maut selepas kereta dipandu bertembung dengan lori 10 tan lalu terbakar, di sini, malam tadi. FOTO Norsyazwani Nasri
Norsyazwani Nasri


Serian: Remaja maut selepas kereta dipandu bertembung dengan lori 10 tan lalu terbakar di Kampung Jirok, Jalan Serian-Sri Aman di sini, malam tadi.

Dalam kejadian itu, mangsa, Derry Ronston Jong, 18, yang gagal keluar dari kenderaan yang terbakar, didapati turut melecur 20 peratus.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kes itu, jam 10.24 malam.

Susulan itu, pihaknya menggerakkan anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Serian ke lokasi kejadian.

"Setibanya di lokasi, didapati sebuah lori 10 tan bertembung dengan sebuah kereta.

"Pertembungan mengakibatkan kebakaran pada kereta," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Menjelas lanjut, katanya, didapati seorang mangsa ditemukan mati akibat di dalam kenderaan yang keseluruhannya terbakar.

"Mangsa juga melecur 20 peratus, manakala pemandu lori berusia 55 tahun dan kelindan lori berusia 49 tahun hanya cedera dan dihantar ke Hospital Serian untuk rawatan," katanya.

Operasi tamat sepenuhnya jam 2 pagi.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 30 November 2022 @ 9:01 AM