GAMBAR hiasan. FOTO arkib NSTP
GAMBAR hiasan. FOTO arkib NSTP
Redzuan Muharam


Kuala Lumpur: Pemberian diskaun bayaran balik bagi pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) disambut baik penuntut intitut pengajian tinggi (IPT) yang menerima manfaat itu.

Tawaran diskaun bermula 1 November depan hingga 30 April 2023 membabitkan 20 peratus potongan untuk penyelesian penuh pinjaman.

Manakala, 15 peratus diskaundiberikan untuk penyelesaian 50 peratus baki hutang dan 15 peratuslagi untuk bayaran secara potongan gaji.

Penuntut semester enam Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Elektronik UiTM, Muhammad Firdaus Mohd Johari, 24, berkata, inisiatif itu amat baik untuk menggalakkan graduan membayar semulapinjaman.

Bagaimanapun, Muhammad Firdaus berkata,tanggagajiuntuk graduan lepasan pengajian juga perlu diambil kira dan dititikberatkanbagi membolehkan pinjaman dilangsaikan.

"Penyelesaian penuh tidak mungkin dapat dibuat untuk mendapatkan 20 peratus potongan.

"Untuk bayaran secara potongan gaji, mungkin menuntut peminjam perlu 'bersakit sakit dahulu, bersenang-senang kemudian.

"Bagaimanapun, pemberian diskaun pinjamanoleh kerajaan sekurang-kurangnya dapat meringankan beban peminjam," katanya ketika dihubungi Harian Metro.

Bajet 2023 dibentangkan Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz menyaksikan sektor pendidikan terus diutamakan dengan peruntukan kepada Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) iaitu sebanyak RM55.6 bilion.

Manakala, Kementerian Pengajian Tinggi bakal menerima peruntukan sebanyakRM15.1 bilion.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 7 Oktober 2022 @ 6:39 PM