FOTO hiasan
FOTO hiasan
Rafiqah Dahali


Kota Kinabalu: Kerajaan negeri memberi jaminan fasiliti kesihatan sedia ada di Sabah masih mampu menampung pesakit Covid-19 walaupun jumlah kes semakin meningkat baru-baru ini.

Jurucakap perkembangan harian Covid-19 Sabah Datuk Masidi Manjun berkata, pihaknya menjangkakan jumlah kes harian Covid-19 akan terus meningkat selepas banyak kelonggaran dan prosedur operasi standard (SOP) terutamanya yang dirangka khusus oleh kerajaan negeri.

"Bilangan (kes) itu tidak penting, yang penting hospital kita masih mampu untuk menampung keperluan sekiranya mereka ini dimasukkan ke hospital.

"Buat masa ini, keperluan tidak terlalu tinggi. Malah, kita merasa terjamin kerana kita sudah ada vaksin," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditanya pemberita mengenai trend peningkatan jumlah kes Covid-19 di Sabah semasa sidang media Sambutan Hari Kebangsaan Peringkat Negeri Sabah bertempat di Wisma Innoprise, disini, semalam.

Semalam dilaporkan Sabah mencatatkan jumlah kes positif baharu Covid-19 sebanyak 238 kes.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 29 Julai 2022 @ 9:01 AM