GAMBAR hiasan. FOTO arkib NSTP
GAMBAR hiasan. FOTO arkib NSTP
Sri Ayu Kartika Amri


Kuala Lumpur: Harga runcit bagi petrol RON97, RON95 dan diesel kekal dengan masing-masing ditetapkan pada paras RM4.84 seliter, RM2.05 seliter dan RM2.15 seliter.

Harga runcit produk petrol dan diesel terbabit adalah bagi tempoh 30 Jun sehingga 6 Julai 2022.

Menurut Kementerian Kewangan (MOF) dalam kenyataan hari ini, harga itu adalah berdasarkan penetapan harga runcit produk petroleum secara mingguan menggunakan formula Automatic Pricing Mechanism (APM).

MOF berkata, bagi melindungi pengguna daripada kesan kenaikan harga sebenar minyak di pasaran global, kerajaan mengekalkan harga runcit petrol RON95 pada paras harga siling RM2.05 seliter dan diesel RM2.15 seliter sungguhpun harga pasaran sebenar bagi kedua-dua produk meningkat melebihi paras harga siling yang ditetapkan.

Katanya, kerajaan akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terpelihara.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 29 Jun 2022 @ 5:16 PM