MUHAMAD Zaki ketika sidang media. FOTO Nik Abdullah Nik Omar
MUHAMAD Zaki ketika sidang media. FOTO Nik Abdullah Nik Omar
Nor Fazlina Abdul Rahim


Kota Bharu: Polis menahan dua lelaki bagi membantu siasatan berhubung penemuan mayat lelaki dalam keadaan bogel dengan kedua-dua kaki serta tangan diikat di Sungai Golok, Kampung Simpangan, Tumpat, 6 Mei lalu.

Pemangku Ketua Polis Kelantan Datuk Muhamad Zaki Harun, berkata, kedua-dua suspek berusia 20-an dan 30-an itu ditahan kelmarin di sekitar Tumpat.

"Kita berjaya menahan dua lelaki tempatan yang kita amat percaya boleh membantu siasatan berhubung kes penemuan mayat itu.

"Pada masa sama, kita masih memburu dua lagi suspek yang dipercayai terbabit dalam kes berkenaan.

"Motif kejadian masih dalam siasatan dan dua suspek yang ditahan mengenali mangsa," katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Berita berkaitan:

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 17 Mei 2022 @ 2:00 PM