Jambatan Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah
Jambatan Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah
Nur Izzati Mohamad

Batu Kawan: Jambatan Kedua Sdn Bhd (JKSB) menawarkan diskaun tol sebanyak 30 peratus kepada semua kelas kenderaan yang menggunakan Jambatan Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah (JSAHMS) di sini, sempena Aidilfitri.

Pemberian diskaun itu bermula pada Sabtu ini pada 12 tengah malam hingga 11.59 malam Ahad keesokkan harinya.

Pengguna laluan berkenaan juga diberikan diskaun pada 12 tengah malam, 7 Mei sehingga 11.59 malam pada hari berikutnya.

JKSB dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan pemberian diskaun itu adalah melalui inisiatif yang diumumkan kerajaan dan ia disokong JKSB dalam usaha mengurangkan bebanan pengguna lebuh raya untuk pulang ke kampung halaman bagi menyambut hari raya.

"JSAHMS adalah pilihan untuk pengguna keluar masuk dari atau ke bahagian pulau yang ia juga 'direct dual carriageway' yang menghubungkan secara terus kepada bahagian utama pulau dan secara terus ke Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (LTAPP) di Bayan Lepas.

"Pengguna akan sampai ke kawasan yang di nyatakan di atas dengan lebih mudah tanpa perlu menempuh kesesakan yang serius. Tidak dinafikan, JSAHMS terletak lebih jauh daripada mod lintasan yang lain tetapi jika dipertimbangkan dari segi kesenangan para pengguna, JSAHMS adalah alternatif terbaik," katanya.

Untuk maklumat lanjut, pengguna boleh menghubungi talian bebas tol 1300-30-2828 atau emel di [email protected] atau layari www.jambatankedua.com.my atau layari Twitter: @jsahmsofficial untuk mendapatkan maklumat berhubung keadaan trafik.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 27 April 2022 @ 4:57 PM