KUALA LUMPUR: Syarikat konsesi Lebuhraya Shah Alam (LSA), Kesas Sdn Bhd, hari ini mengumumkan diskaun tol 10 peratus di LSA sempena Aidilfitri.

Diskaun itu berkuat kuasa dari 00.01 tengah malam 17 Julai, 2015 hingga 11.59 malam pada hari yang sama.

"Diskaun kadar tol ini adalah sebagai penghargaan kepada pengguna LSA," kata Ketua Pegawai Eksekutifnya Imran Gulcharan Abdullah menerusi satu kenyataan, hari ini.

Pengguna LSA akan memperoleh diskaun tol RM1.80 berbanding kadar biasa RM2.00 di kesemua plaza tol LSA pada 17 Julai, 2015. - Bernama

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 8 Julai 2015 @ 6:10 PM