FOTO HIASAN.
FOTO HIASAN.
Essa Abu Yamin

Tangkak: Sebuah Pusat Pemindahan Sementara (PPS) dibuka dekat sini, hari ini selepas beberapa rumah penduduk di Kampung Parit Pulai dinaiki air.

Menurut kenyataan dikeluarkan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Tangkak, PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Serom 8 dibuka pada 10 malam tadi dan menempatkan 34 mangsa daripada lapan keluarga.

"Hujan berterusan sejak lewat petang semalam menyebabkan kawasan rendah terutama Kampung Parit Pulai dilanda banjir kilat.

"Saliran parit utama sepanjang kampung berkenaan turut dipenuhi air. Pemantauan di kawasan berkenaan masih dilakukan," menurut kenyataan itu.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 26 April 2022 @ 1:30 PM