BANJIR kilat yang melanda beberapa kawasan di daerah Kuala Muda hari ini. FOTO Ihsan Pembaca
BANJIR kilat yang melanda beberapa kawasan di daerah Kuala Muda hari ini. FOTO Ihsan Pembaca
Nor Farhani Che Ad


HUJAN lebat berterusan selama lebih dua jam sejak 5 petang hari ini menyebabkan lebih 150 kediaman di Sungai Petani dilanda banjir kilat.

Antara kawasan yang terjejas membabitkan Taman Songket, Taman Sutera Idaman 5, Kampung Haji Wahab, Taman Sari, Kampung Batu 2 dan Kampung Batu 5 Gurun.

Pegawai Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Kuala Muda, Kapten (PA) Azahar Ahmad berkata, setakat ini tiada Pusat Pemindahan Sementara (PPS) dibuka.

"Hujan lebat menyebabkan beberapa kawasan kediaman dinaiki air sedalam hampir satu hingga dua meter mengikut kawasan.

"Masalah sistem perparitan juga menyebabkan berlakunya banjir kilat di kawasan terbabit," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Azahar berkata, keadaan terkawal dan air semakin surut selepas hujan mulai berhenti.

"Penduduk masih berada di rumah masing-masing, bagaimanapun, pemantauan akan terus dilakukan bagi memastikan lokasi banjir berada dalam keadaan selamat," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 30 April 2020 @ 11:32 PM