FAHMI Reza. FOTO arkib NSTP
FAHMI Reza. FOTO arkib NSTP
Muhaamad Hafis Nawawi


Kuala Lumpur: Pereka grafik dan aktivis Fahmi Reza direman sehari bagi membantu siasatan berhubung hantaran karikatur monyet berpakaian seragam istana berwarna kuning yang dimuat naik di Facebook, kelmarin.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Abd Jalil Hassan berkata, mahkamah membenarkan suspek direman sehari.

Harian Metro semalam melaporkan suspek ditahan di Dang Wangi dan polis akan memohon perintah reman hari ini di mahkamah.

Abd Jali dipetik berkata, hantaran itu mendapat 12,000 maklum balas, 3,400 komen dan 966 perkongsian sejak dimuat naik dan mengundang kemarahan warganet yang menyifatkan tindakan itu sebagai keterlaluan.

"Siasatan dijalankan oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas, Bahagian Pendakwaan/ Undang-undang (D5), JSJ, Bukit Aman mengikut Seksyen 4(1) akta hasutan 1948 kerana kecenderungan menghasut dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 iaitu penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian," katanya.

Berita berkaitan:

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 15 April 2022 @ 12:00 PM