PUSAT hiburan yang diserbu polis. FOTO ihsan Polis
PUSAT hiburan yang diserbu polis. FOTO ihsan Polis
Muhaamad Hafis Nawawi


Kuala Lumpur: Tindakan pusat hiburan di Lorong Haji Taib Dua, di sini, beroperasi dengan tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP) Pelan Pemulihan Negara (PPN) Fasa 4 mengundang padah apabila diserbu awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Noor Dellhan Yahaya berkata, dalam serbuan 1 pagi itu, sepasukan polis daripada Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi menjalankan pemeriksaan ke atas premis terbabit.

Menurutnya, 27 orang terdiri daripada 15 lelaki, 10 wanita dan dua warga asing iaitu seorang lelaki serta seorang wanita berusia 35 hingga 41 tahun ditahan.

"Kesemua 25 warga tempatan dikompuan sebanyak RM1,000 setiap seorang manakala, tangkapan seramai dua bukan warganegara disiasat mengikut Peraturan 17 (1) Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (langkah-langkah di dalam kawasan tempatan jangkitan) (PPN) 2021 dan Seksyen 6 (1) (c) Akta Imigresen 1959/63.

"Justeru, orang ramai dinasihati supaya terus mematuhi SOP yang dikeluarkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN)," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 19 Mac 2022 @ 3:07 PM