Mayat kanak-kanak terbabit dibawa keluar daripada sungai sebelum diserahkan kepada pasukan polis untuk tindakan selanjutnya. FOTO IHSAN BOMBA
Mayat kanak-kanak terbabit dibawa keluar daripada sungai sebelum diserahkan kepada pasukan polis untuk tindakan selanjutnya. FOTO IHSAN BOMBA
Juwan Riduan


Tambunan: Kanak-kanak lelaki yang dilaporkan hilang malam tadi di Kampung Sungai Zon Kumareling, di sini, ditemukan lemas, hari ini.

Mayat mangsa dikenali sebagai Mohammad Syaril, 2, ditemui orang awam, kira-kira tiga kilometer dari lokasi mangsa dilaporkan hilang.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, pihaknya menerima makluman penemuan berkenaan pada 10.05 pagi.

Katanya, sepasukan 11 anggota dan pegawai bersama jentera dan Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (ERMS) yang menjalankan operasi mencari dan menyelamat (SAR) terus bergegas ke lokasi.

"Mangsa ditemui orang awam pada jarak kira-kira tiga kilometer dari lokasi dilaporkan hilang.

"Mangsa kemudiannya disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan (KKM) yang turut hadir membantu di lokasi kejadian," katanya dalam kenyataan, di sini.

Katanya, mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Dalam kejadian petang semalam, kanak-kanak itu dikhuatiri lemas selepas ibunya menemui selipar mangsa di tepi sungai di belakang rumah mereka.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 10 January 2022 @ 1:36 PM