Mohamed Farid Noh

Segamat: Daerah ini menjadi daerah pertama terjejas banjir dengan mangsa meningkat kepada 456 mangsa daripada 133 keluarga dipindahkan ke lapan pusat pemindahan sementara (PPS), setakat jam 8 pagi tadi.

Ia berbanding hanya 227 mangsa daripada 59 keluarga dipindahkan ke lapan pusat pemindahan sementara (PPS), jam 6 pagi tadi.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar Johor, R Vidyananthan, berkata jumlah mangsa banjir di Segamat dijangka meningkat berikutan amaran cuaca buruk dikeluarkan Jabatan Meterologi Malaysia (Met Malaysia) hari ini.

KEADAAN banjir di Kampung Lembah Bakti, Tenang, dengan trend air menaik. FOTO AHMAD ISMAIL
KEADAAN banjir di Kampung Lembah Bakti, Tenang, dengan trend air menaik. FOTO AHMAD ISMAIL

"Lapan PPS yang dibuka adalah di Balai raya Kampung Sermin (enam mangsa), Dewan Serbaguna Pekan Air Panas (36 mangsa daripada 13 keluarga) dan Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina Ai Chun (160 mangsa daripada 38 keluarga).

"PPS yang turut dibuka adalah di Balai raya Kampung Paya Lenga (lima mangsa), Balai raya Paya Lebar (15 mangsa daripada tiga keluarga) dan Balai raya Kampung Gelang Chinchin (lima mangsa daripada tiga keluarga).

"Mangsa banjir paling ramai ditempatkan di PPS Sekolah Kebangsaan Kampung Tenang (223 mangaa daripasa 73 keluarga) dan Dewan Serbaguna Jalan Genuang (enam mangsa)," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 1 January 2022 @ 8:37 AM