TUDM melaksanakan FTX Eksesais PARADISE 8/21. FOTO Ihsan TUDM
TUDM melaksanakan FTX Eksesais PARADISE 8/21. FOTO Ihsan TUDM
Nurul Hidayah Bahaudin


Kuala Lumpur: Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) melaksanakan FTX Eksesais PARADISE 8/21 (Paradrop, Air Defence, Deep Strike, Insertion, Combat Search & Rescue and Extraction) yang bermula hari ini hingga 2 November nanti.

TUDM dalam kenyataan, hari ini, memaklumkan eksesais berkenaan akan membabitkan beberapa pangkalan udara di Semenanjung.

"Sepanjang eksesais dijalankan, pesawat-pesawat ini akan melaksanakan penerbangan rendah pada waktu siang dan malam di beberapa kawasan sekitar ruang udara Semenanjung yang digazetkan sebagai lokasi eksesais.

"Orang ramai dinasihatkan supaya tidak cemas dan risau sekiranya melihat pesawat-pesawat TUDM terbang rendah di sepanjang tempoh eksesais.

"Latihan ini diadakan oleh TUDM bagi memastikan keupayaan dan kesiapsiagaan pasukan sentiasa berada di tahap terbaik khususnya dalam melindungi kedaulatan ruang udara negara," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 22 Oktober 2021 @ 7:01 PM