Helikopter EC725 dan Helikopter Nuri TUDM  terbabit dalam demonstrasi pagi semalam.
Helikopter EC725 dan Helikopter Nuri TUDM terbabit dalam demonstrasi pagi semalam.
Nurul Hidayah Bahudin

TENTERA Udara Diraja Malaysia (TUDM) memperkenalkan aset baru iaitu System Mobile Threat Emittet Simulator (MRTES) bagi meningkatkan keupayaan sesi latihan mempertahankan ruang udara negara.

Panglima Tentera Udara Jeneral Tan Sri Affendi Buang berkata, aset berkenaan dihasilkan melalui kerjasama pihaknya bersama Institut Penyelidikan Sains dan Teknologi Pertahanan (STRIDE) dan Syarikat Ikramatic System Sdn Bhd dengan menampilkan sistem yang mempamerkan situasi peperangan sebenar.

€œSistem ini adalah pertama kali diperkenalkan di Malaysia dengan reka bentuk dibangunkan sepenuhnya oleh jurutera tempatan.

€œMRTES boleh ditempatkan di mana-mana lokasi bagi kegunaan latihan peperangan elektronik dengan memberikan pengalaman latihan seolah-olah berdepan dengan situasi sebenar melalui beberapa kaedah yang diprogramkan dalam aset berkenaan€,” katanya selepas menyaksikan Eksesais Paradrop Deepstrike Insertion Extraction (PARADISE) Siri 4/17 di Lapang Sasar Udara (LASARUD) Kota Belud, Sabah, hari ini.

Affendi berkata, pihaknya masih dalam proses menambah ciri-ciri baru keselamatan membabitkan anggaran kos RM6 juta bagi setiap unit.

“€œBuat masa ini, ia masih di peringkat prototaip. Bagaimanapun, kami yakin penghasilan aset berkenaan nanti mampu ditambah baik dengan kadar kos pembinaan yang dijangka lebih murah berbanding nilai asal dianggarkan RM6 juta.

Sebanyak 30 pesawat Pejuang Hawk, Pejuang F/A-18D, Pejuang SU30MKM, Helikopter EC725 dan Helikopter Nuri bersama 500 anggota TUDM terbabit dalam demonstrasi yang berlangsung selama 25 minit berkenaan.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 21 November 2017 @ 1:50 PM