Gambar hiasan.
Gambar hiasan.
Zatul Iffah Zolkiply


Kuala Terengganu: Pemotong rumput mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas tiga pertuduhan merogol adik iparnya yang berusia 12 tahun.

Tertuduh berusia 36 tahun membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Nooriah Osman.

Mengikut pertuduhan, tertuduh dia didakwa melakukan perbuatan berkenaan dalam bilik sebuah rumah di Marang pada 9 malam, Februari lalu dan mengulangi tindakan itu ke atas mangsa sama antara 20 hingga 31 Julai lalu.

Kesalahan itu didakwa mengikut Seksyen 376(3) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang lapan tahun dan tidak lebih 30 tahun dan dikenakan sebatan tidak kurang 10 sebatan, jika sabit bersalah.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Intan Nor Hilwani Mat Rifin, manakala tertuduh diwakili peguam Che Amir Che Musa.

Mahkamah menetapkan 24 Oktober depan untuk sebutan semula kes dan membenarkan tertuduh diikat jamin RM20,000 dengan seorang penjamin.

Dia juga dikenakan syarat tambahan iaitu perlu melaporkan diri di balai polis berhampiran pada setiap bulan dan tidak boleh mengganggu mangsa serta saksi, sepanjang prosiding berlangsung.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 21 September 2021 @ 3:34 PM