TALIB Ali mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap kanak-kanak perempuan. FOTO Zatul Iffah Zolkiply
TALIB Ali mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap kanak-kanak perempuan. FOTO Zatul Iffah Zolkiply
Zatul Iffah Zolkiply


Kuala Terengganu: Seorang warga emas mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap kanak-kanak perempuan sembilan tahun, Disember lalu.

Tertuduh, Talib Ali, 69, yang juga peniaga kedai runcit membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Nooriah Osman.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa melakukan amang seksual fizikal terhadap mangsa di sebuah kedai di daerah ini, jam 5 petang pada 31 Disember 2022.

Dia yang didakwa mengikut Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017 berdepan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.

Sejurus pengakuan tidak bersalah tertuduh direkodkan, mahkamah menetapkan 8 Februari depan sebagai tarikh sebutan semula kes.

Mahkamah kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Intan Nor Hilwani Mat Rifin.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 5 January 2023 @ 2:45 PM