Gambar hiasan.
Gambar hiasan.
Noor Atiqah Sulaiman


Putrajaya: Sejumlah 301 kematian akibat Covid-19 dilaporkan semalam dengan 108 kes berlaku dalam tempoh 24 jam.

Data Kementerian Kesihatan di portal COVIDNOW memaklumkan, daripada jumlah itu 193 kes adalah kes kematian tertunggak, sekali gus menjadikan keseluruhan angka korban dalam negara cecah 23,744.

Terdapat 92 kematian di luar fasiliti kesihatan (BID) menjadikan sejumlah 4,564 kes pesakit Covid-19 meninggal dunia sebelum menerima bantuan perubatan.

Lembah Klang melaporkan kes kematian tertinggi dengan 143 kes, disusuli Johor (52), Kelantan (23), Pulau Pinang (22), Sabah (19), Perak (15), Sarawak (8) dan Kedah (6).

Masing-masing empat kematian di Pahang dan Terengganu, Melaka (3) serta satu kes membabitkan Perlis dan Negeri Sembilan.

Labuan dan Putrajaya pula tidak melaporkan pertambahan kes kematian.

Sementara itu, mengenai kebolehjangkitan Covid-19, Malaysia mencatat 207,698 kes aktif dengan 172,648 kes sedang menjalani kuarantin wajib di rumah dan 22,675 kes di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 Berisiko Rendah (PKRC).

Sebanyak 11,321 kes pula dirawat di hospital, manakala 521 kes memerlukan alat bantuan pernafasan dan 633 kes berada dalam ICU dan tidak memerlukan alat bantuan pernafasan.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 21 September 2021 @ 11:33 AM