Gambar hiasan
Gambar hiasan
Noor Atiqah Sulaiman

Putrajaya: Malaysia merekod 3,934 kes baharu Covid-19 semalam, menjadikan keseluruhan kes dalam negara mencecah 4,604,670.

Berdasarkan laporan Covidnow, sejumlah 3,927 kes adalah penularan tempatan dan tujuh lagi adalah kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara.

Sehingga kini, terdapat 36,894 kes masih aktif, dengan 96.3 peratus atau 35,547 kes sedang menjalani kuarantin wajib di rumah dan 26 individu lagi ditempatkan di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC).

Sejumlah 1,268 kes atau 3.4 peratus sedang dirawat di hospital; 23 individu (0.1 peratus) berada di unit rawatan rapi (ICU) dan tidak memerlukan alat bantuan pernafasan manakala, 30 individu berada di ICU dan bergantung alat bantuan pernafasan.

Kadar penggunaan ICU di seluruh negara berada pada paras 60.6 peratus dengan lapan negeri merekodkan kadar penggunaan ICU melebihi 60 peratus.

Dalam pada itu, sembilan kematian dilaporkan semalam menjadikan jumlah angka korban akibat jangkitan Covid-19 adalah 35,828 kes.

Dua daripada sembilan kematian itu adalah kes meninggal dunia di luar fasiliti kesihatan (BID).

Turut dilapor, 2,747 kes pulih menjadikan jumlahnya meningkat kepada 4,531,948 kes.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 14 Julai 2022 @ 11:17 AM