Allah menjanjikan pahala yang besar buat umat manusia yang berusaha mempelajari al-Quran. - FOTO Hiasan
Allah menjanjikan pahala yang besar buat umat manusia yang berusaha mempelajari al-Quran. - FOTO Hiasan
Nur Amirah Abd Rani

MAMPU membaca al-Quran dengan lancar antara nikmat dan anugerah Allah yang cukup besar. 

Namun, bagi individu yang tidak fasih dan masih bertatih mengaji al-Quran, anda tidak perlu malu kerana masih belum terlewat mempelajarinya. 

Sebagai umat Islam, kita wajib mempelajari al-Quran dan Allah SWT menjanjikan ganjaran pahala yang besar buat hamba-NYA yang tidak lancar membaca al-Quran, tetapi masih berusaha mempelajarinya.

Sabda Rasulullah SAW: "Seorang yang lancar membaca al-Quran akan bersama para malaikat yang mulia dan sentiasa selalu taat kepada Allah. Adapun, yang membaca al-Quran dan tersekat-sekat di dalamnya dan sulit atasnya bacaan tersebut, maka, baginya dua pahala." (Riwayat Muslim)

Kenal pasti tahap celik al-Quran anda

Terdapat lima tahap bacaan al-Quran yang boleh menentukan tahap kefahaman ketika mengaji al-Quran. 

Kelompok pertama ialah individu yang tidak pernah belajar tentang al-Quran, dan tidak kenal huruf hijaiyah. 

Kelompok kedua adalah mereka yang kenal huruf tunggal dan bersambung tetapi masih keliru dengan tanda baris dan tidak mampu membezakan beberapa huruf hijaiyah seperti huruf ص dan ض. 

Kelompok ketiga pula mengenali huruf bersambung, tetapi mempunyai masalah tajwid dalam bacaan, dan kelompok keempat mereka adalah individu yang fasih membaca al-Quran tetapi tidak berani untuk mengajar orang lain. 

Sementara itu, golongan yang terakhir ialah mereka yang fasih bacaannya, mengenal hukum tajwid dan boleh mengajar orang lain. 

Selain itu, terdapat tiga kategori pembelajaran al-Quran bagi setiap kategori iaitu Tahsin al-Quran, Talaqqi al-Quran dan Tadabbur al-Quran.

Tahsin al-Quran adalah proses memperbaiki dan memperindah bacaan al-Quran dari pelbagai aspek seperti tajwid, dan makhraj huruf. Proses ini juga dapat membantu menjadikan bacaan individu yang merangkak kepada lebih lancar. 

Manakala, talaqqi al-Quran pula adalah proses pembelajaran Al Quran dengan secara bersemuka atau berhadapan dengan guru.

Bacaan ayat al-Quran akan diperdengarkan kepada guru mengikut bacaan tajwid dan kesilapan dalam bacaan akan dibetulkan sehingga pelajar mahir. 

Proses ketiga iaitu tadabbur al-Quran adalah proses mendalami dan memahami setiap makna al-Quran secara lebih mendalam. 

Meskipun seseorang itu sudah fasih membaca al-Quran, kita tetap perlu belajar atau berguru kerana masih banyak intipati tersirat yang boleh diteroka. 

Berguru dalam talian

Image

Bagi individu dengan tahap satu hingga ketiga, antara kaedah pembelajaran yang sesuai adalah tahsin al-Quran dan Talaqqi al-Quran. 

Kebiasaannya, kelas mengaji dilaksanakan di surau atau masjid, namun berikutan kekangan keadaan semasa, kelas mengaji al-Quran telah dilaksanakan secara dalam talian. 

Walaupun proses pembelajaran berlaku secara dalam talian, pelajar masih boleh mempelajari kaedah tahsin dan talaqqi secara langsung dengan guru dengan meniru sebutan makhraj huruf dari setiap gerak bibir guru.

Sekiranya pelajar mengalami masalah dalam proses pembelajaran, guru tetap boleh menegur dan memperbaiki sebutan pelajar secara langsung menjadikan proses pembelajaran menjadi mudah.  

Melalui pendekatan ini, individu tanpa asas al-Quran berupaya membaca al-Quran dengan betul dan bertajwid dalam tempoh masa dua bulan sahaja. 

Ini membuktikan kelas pengajian al-Quran yang diadakan secara dalam talian mampu memberikan impak yang berkesan sama seperti kelas bersemuka.

Webinar Fast Track Quran secara percuma

Image

Platform Fast Track Quran bakal mengadakan seminar kaedah Haraki dalam talian secara percuma bagi orang ramai yang ingin belajar dan memperbaiki bacaan al-Quran. 

Webinar ini bakal membantu para peserta memahami simbol tajwid dan mengenali huruf hijaiyah dengan cara mudah. 

Peserta Webinar Fast Track Quran akan menerima bimbingan daripada pengasas Kaedah Haraki iaitu Ustaz Zakaria #UstazMenari dan mempelajari teknik secara tarian untuk lebih memahami cara sebutan tajwid. 

Webinar ini tidak menggunakan Iqra' dalam pembelajaran tetapi digantikan dengan modul khas Kaedah Haraki contoh Buku Kisah Si Buncit. 

Peserta dapat mengenal hukum tajwid dengan menggunakan pergerakan sahaja dan mahir membaca al-Quran bertajwid dalam masa yang singkat. 

Webinar percuma Fast Track Quran anjuran Usrah Haraki Sdn Bhd ini terbuka kepada semua individu terutama saudara baru Islam serta mereka mempunyai masalah tidak mengenal huruf. 

Webinar ini akan berlangsung pada 7 Ogos 2021, bagi mendaftar dan maklumat lanjut, layari https://cepatbacaquran.com

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 26 Julai 2021 @ 10:17 AM