Nurshafika binti Suhaimi

MEMBACA Al-Quran sangat dituntut dalam agama Islam kerana ianya merupakan mukjizat teragung yang tiada tandingannya.

Kalamullah wahyu terakhir ini diturunkan Allah S.W.T pada 17 Ramadhan sebagai panduan umat Islam dalam kehidupan mereka.

Sebagai seorang Muslim, kita diwajibkan untuk mempelajari, memahami,menghayati dan mengaplikasikan al-Quran dalam kehidupan seharian.

Namun, untuk membaca surah dalam Al-Quran kita seharusnya belajar asas penting dalam ilmu tajwid dan mengetahui bacaan yang betul agar tidak membawa maksud yang lain. 

Hukum mempelajari tajwid adalah fardu kifayah, tetapi setiap orang Islam diwajibkan membaca Al-Quran dengan betul dan bertajwid.

Walaupun begitu, masih ramai yang takut dan bimbang untuk membaca Al-Quran sehingga langsung tidak mengambil inisiatif mempelajarinya. 

Malah, kebanyakan mereka menghadapi masalah yang sama untuk mengenal huruf hijaiyah dan tak kurang juga keliru untuk membawanya terutama ketika huruf berkenaan bersambung.

Masalah ini membuatkan bacaan mereka tidak lancar dan hilang keyakinan untuk membaca Al-Quran dengan lebih kerap sesuai dengan tuntutan agama Islam.

Platform khas belajar Al-Quran

Image

Seiring dengan teknologi terkini, satu platform khas iaitu Fast Track Quran boleh menyelesaikan masalah bacaan Al-Quran orang ramai.

Bukan sahaja dapat mempelajari tajwid dengan tepat, namun seminar Fast Track Quran ini dapat merungkai rahsia bagaimana teknik nak mengenal huruf hijaiyah dengan mudah dan pantas.

Dalam seminar ini, peserta akan bersama dengan pengasas Kaedah Haraki Ustaz Zakaria Nasirudin #UstazMenari bagi sama-sama pelajari teknik secara tarian dan bercerita untuk lebih faham cara sebutan tajwid.

Lebih unik apabila kaedah ini tidak menggunakan Iqra' tetapi digantikan dengan modul khas Kaedah Haraki iaitu Buku Kisah Si Buncit bagi menarik minat peserta. 

Ini sekali gus boleh membantu peserta memahami simbol bacaan tajwid dan memudahkan mereka mengenal pasti di mana bacaan panjang, pendek, dengung dan qalqalah.

 

Mahir baca Al-Quran bertajwid dalam masa singkat

Image

Lebih menarik dalam Kaedah Haraki ini, peserta boleh mengenal hukum-hukum tajwid dengan menggunakan pergerakan sahaja tanpa mengambil masa yang lama.

Sehingga kini, Kelas Haraki Ustaz Zakaria sudah menerima beribu peserta yang memberi respon positif dan kebanyakannya dapat belajar tajwid dalam masa singkat.

Justeru itu, tiada lagi alasan sukar mempelajari ilmu tajwid kerana ianya bukan sahaja dapat menjaga kemuliaan al-Quran, bahkan mengelakkan daripada dosa kerana sengaja mengabai, melanggar dan meninggalkan kaedah membaca dengan betul.

Untuk info lebih lanjut mengenai seminar Kelas Haraki Ustaz Zakaria, anda boleh terus layari https://cepatbacaquran.com dan jangan lepaskan peluang daftar secara percuma sekarang!

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 13 Julai 2021 @ 4:04 PM