SEORANG wanita serta penjaga didakwa mendera dua anaknya berusia dua dan tiga tahun direman enam hari bagi membantu siasatan selepas dibawa ke Mahkamah Majistret Selayang hari ini. FOTO Ihsan PDRM
SEORANG wanita serta penjaga didakwa mendera dua anaknya berusia dua dan tiga tahun direman enam hari bagi membantu siasatan selepas dibawa ke Mahkamah Majistret Selayang hari ini. FOTO Ihsan PDRM
Muhaamad Hafis Nawawi

Gombak: Tiga individu termasuk ibu kandung dan teman lelaki serta seorang penjaga direman enam hari bermula hari ini, untuk membantu siasatan kes dua kanak-kanak berusia dua dan tiga tahun yang dipercayai didera.

Perintah tahanan reman dikeluarkan Majistret Nik Mohd Fadli Nik Azlan, di Mahkamah Majistret Selayang, di sini, hari ini.

Majistret kemudian membenarkan ketiga-tiga suspek direman selama enam hari sehingga 23 Julai ini untuk membantu siasatan.

Terdahulu, wanita terbabit bersama teman lelakinya masing-masing berusia 22 tahun dan penjaga lelaki, 35, dibawa ke mahkamah pada jam 10.10 pagi.

Ketiga-tiga suspek dibawa dengan tangan bergari dan berpakaian lokap berwarna oren dan dikawal ketat oleh anggota polis.

Harian Metro semalam melaporkan kanak-kanak perempuan berusia 2 dan 3 tahun ditemui dalam keadaan terabai dengan kesan lebam di tangan, kaki, pipi dan dagu di tepi jalan di Taman Samudera.

Kanak-kanak berkenaan ditemui orang awam kira-kira jam 1 tengah hari yang melihat mangsa bermain di kawasan itu tanpa pengawasan.

Berita berkaitan:

  • Ibu kandung, teman lelaki ditahan dera, abai dua kanak-kanak
  • Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 18 Julai 2021 @ 2:31 PM