GAMBAR hiasan
GAMBAR hiasan
Nurul Hidayah Bahaudin


PEMANDU e-hailing yang disyaki mendera anak teman wanitanya sehingga meninggal dunia Jumaat lalu, direman tujuh hari untuk siasatan lanjut.

Ketua Polis Daerah Petaling, Jaya Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal berkata, keputusan ujian saringan air kencing terhadap suspek juga akan dilakukan.

"Suspek berusia 26 tahun itu direman selama tujuh hari bermula hari ini bagi membantu siasatan kes berkenaan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

"Siasatan lanjut berhubung kes itu sedang dijalankan dan belum ada keterangan diambil setakat ini," katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Terdahulu, Harian Metro melaporkan suspek ditahan di Subang Jaya jam 12.40 tengah hari, semalam.

Dalam kes itu, kanak-kanak lelaki berusia dua tahun maut dipercayai menjadi mangsa dera teman lelaki ibunya di kediaman mereka di Pangsapuri Vista, Damansara.

Mangsa disahkan meninggal dunia selepas dibawa ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) dalam keadaan tidak sedarkan diri akibat kecederaan di bahagian kepala.

Berita berkaitan

  • 'Dia tidak seperti orang normal, kemungkinan mabuk'
  • Suspek dera budak sampai mati diburu
  • PEMANDU e-hailing yang disyaki mendera anak teman wanitanya sudah ditahan polis
  • Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 23 Ogos 2020 @ 4:17 PM