Mohd Amin Jalil

Seremban: Telekom Malaysia Berhad (TM) Negeri Sembilan menyediakan perkhidmatan WiFi percuma kepada anak daripada keluarga berpendapatan rendah dan B40 untuk membantu memudahkan mereka mengikuti Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR).

Pengurus Besar TM Negeri Sembilan, Azhar Mustapha berkata, pihaknya menyediakan Internet berkelajuan tinggi dan stabil dengan kelajuan 800 Megabit sesaat (Mbps) berpusat di Masjid Kariah Paroi Jaya, di sini.

Katanya, penyediaan perkhidmatan itu yang bermula hari ini adalah projek tanggungjawab sosial korporat (CSR) pertama syarikat bagi memudahkan mereka mengikuti PdPR secara dalam talian.

"Kami sedar ramai murid dan pelajar menghadapi kesukaran untuk mengikuti PdPR kerana masalah capaian Internet ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ketika ini.

AZHAR (dua dari kanan) Fadzilah (kiri) melihat Muhamad  Faris Danial dan adiknya Muhamad Iman Danial melayari internet yang dibekalkan secara pencuma oleh UNIFI untuk memudahkan golongan kurang berkemampuan belajar secara dalam talian iaitu Pengajaran dan Pembelajaran Dirumah (PdPR) di Masjid Paroi Jaya. FOTO BERNAMA

"Justeru itu, kami mengambil pendekatan menyediakan perkhidmatan WiFi percuma di Masjid Kariah Paroi Jaya ini, sebagai projek perintis dalam membantu mereka mengikuti PdPR dengan baik dan lancar.

"Kami menyasarkan 200 murid dan pelajar sekitar kawasan ini mendapat manfaat daripada perkhidmatan ini yang disediakan secara percuma," katanya ketika ditemui di masjid itu, hari ini.

Hadir sama, Pengerusi Masjid Kariah Paroi Jaya, Mohamad Fadzilah Zulkafly dan beberapa ahli jawatankuasa (AJK) masjid berkenaan.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 1 Februari 2021 @ 6:32 PM