ROSLEE Chikketika sidang media mengenai pencapaian Kontinjen Terengganu sepanjang 2020 dan pemakaian pangkat di Resort World Awana Kijal. FOTO Zatul Iffah Zolkiply
ROSLEE Chikketika sidang media mengenai pencapaian Kontinjen Terengganu sepanjang 2020 dan pemakaian pangkat di Resort World Awana Kijal. FOTO Zatul Iffah Zolkiply
Zatul Iffah Zolkiply

Chukai: Pegawai berpangkat Asisten Superintendan (ASP) antara lima polis Kontinjen Terengganu yang dibuang kerja kerana melakukan pelbagai kesalahan termasuk penyalahgunaan dadah.

Mereka termasuk 31 pegawai, anggota dan pegawai awam daripada 130 orang yang dikenakan tindakan tatatertib sepanjang tahun lalu.

Ketua Polis Terengganu, Datuk Roslee Chik berkata, daripada 31 individu itu juga, 17 orang dikenakan tindakan ditahan kerja, manakala sembilan lagi digantung kerja.

"Tindakan mereka ini hasil daripada 72 kertas siasatan tatatertib yang dibuka dengan 41 lagi masih dalam siasatan.

"Mereka ini adalah sebahagian daripada 130 orang terdiri daripada 12 pegawai, 112 anggota dan enam pegawai awam yang dikenakan tindakan tatatertib dengan 11 daripadanya terbabit dalam penyalahgunaan dadah," katanya pada sidang media mengenai pencapaian Kontinjen Terengganu sepanjang 2020 dan pemakaian pangkat di sini, hari ini.

Roslee berkata, pihaknya tidak akan berkompromi dengan mana-mana pegawai dan anggota polis serta pegawai awam yang terbabit dengan salah laku terutama jenayah seperti penipuan dan dadah.

Katanya, kesalahan itu adalah serius serta mencemarkan nama baik Polis Diraja Malaysia (PDRM).

"Mana-mana pegawai, anggota dan pegawai awam akan dikenakan tindakan tegas kerana mereka ini disifatkan sebagai pengkhianat kepada pasukan kerana menjatuhkan imej," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 6 January 2021 @ 3:34 PM