Marzuki  (kiri) ketika menghadiri Perbarisan Perhimpunan Bulanan PPM Wilayah Satu, di Batu Uban , hari ini. FOTO Rudy Syareme Sheriffudin
Marzuki (kiri) ketika menghadiri Perbarisan Perhimpunan Bulanan PPM Wilayah Satu, di Batu Uban , hari ini. FOTO Rudy Syareme Sheriffudin
Rudy Syareme Sheriffudin


Georgetown: Dua anggota Pasukan Polis Marin (PPM) dikenakan tindakan disiplin selepas didapati terbabit dalam penyalahgunaan dadah.

Komander PPM Wilayah Satu, Asisten Komisioner Marzuki Che Shuib berkata, kedua-dua anggota berusia 30-an itu ditahan ketika pemeriksaan mengejut yang dilakukan sepanjang Januari hingga Julai lalu.

Katanya, kes berkenaan masih disiasat dan sekiranya mereka didapati bersalah tindakan tatatertib akan diambil termasuk dibuang kerja.

"Kita memandang serius masalah penyalahgunaan dadah dalam kalangan anggota kerana ia boleh menjelaskan imej pasukan dan nama baik Polis Diraja Malaysia (PDRM).

"Kita tidak akan berkrompomi dengan mana-mana pegawai atau anggota polis yang didapati terbabit dengan penyalahgunaan dadah sehingga menjejaskan prestasi kerja," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui ketika menghadiri Perbarisan Perhimpunan Bulanan PPM Wilayah Satu, di Batu Uban di sini hari ini.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 9 Ogos 2016 @ 3:01 PM