Ahli Lembaga Pengarah TNB, Datuk Ir. Nawawi Ahmad (tengah) melakukan penyerahan simbolik cermin mata kepada Timbalan Pengarah Pendidikan (Sektor Pembangunan Murid) Kedah, Ahmad Shukri Shafie (tiga, kiri) ketika majlis penyampaian sumbangan program Better. Brighter. Vision di Langkawi, Kedah, 13 Disember lalu. FOTO Ihsan TNB

Redzuan Muharam

Kuala Lumpur: Tenaga Nasional Berhad (TNB) meneruskan inisiatif membantu pelajar daripada keluarga yang kurang berkemampuan kategori B40 menerusi sumbangan cermin mata percuma.

Ahli Lembaga Pengarah TNB, Datuk Ir Nawawi Ahmad berkata, seramai 106 murid sekolah rendah dan 115 pelajar sekolah menengah dari Langkawi, Kedah itu menerima manfaat daripada program Better. Brighter. Vision pada 13 Disember lalu.

Menurut Nawawi, program yang bermula sejak dua tahun lalu itu dianjurkan hasil kerjasama TNB dan Hospital Mata Nasional Tun Hussein Onn, Petaling Jaya.

"Program bertujuan membantu proses pembelajaran pelajar, sekali gus membolehkan mereka mendapat manfaat dalam pendidikan.

"Diharapkan sumbangan ini dapat membantu penerima meneruskan pembelajaran dengan jelas dan yakin, demi mengejar cita-cita dan seterusnya mengubah nasib keluarga," katanya dalam satu kenyataan media, hari ini

Sumbangan diserahkan guru besar dan pengetua 16 sekolah rendah dan tujuh sekolah menengah di pulau itu.

Turut hadir, Timbalan Pengarah Pendidikan (Sektor Pembangunan Murid) Kedah, Ahmad Shukri Shafie dan Pengurus Besar (Hal Ehwal Korporat) TNB, Datuk Omar Sidek.

Menurut Nawawi, TNB memahami kekangan pelajar yang mengalami masalah penglihatan untuk mendapatkan cermin mata memandangkan mereka datang daripada keluarga yang kurang berkemampuan khususnya yang terjejas pendapatan akibat pandemik Covid-19.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 20 Disember 2020 @ 4:01 PM