BERNAMA

Kuala Lumpur: Microsoft akan melabur AS$2.2 bilion (RM10.5 bilion) dalam infrastruktur awan dan kecerdasan buatan (AI) negara untuk tempoh empat tahun akan datang, kata Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Satya Nadella.

Pelaburan itu termasuk membina infrastruktur digital, mewujudkan peluang kemahiran AI, menubuhkan Pusat Kecemerlangan AI Nasional dan meningkatkan keupayaan keselamatan siber negara.

Pelaburan itu menunjukkan komitmen Microsoft untuk membangunkan Malaysia sebagai hab kepada pengkomputeran awan dan teknologi maju yang berkaitan, termasuk AI generatif.

"Kami mahu memastikan bahawa kami mempunyai infrastruktur bertaraf dunia di negara ini supaya setiap organisasi, pembangun perisian dan syarikat pemula niaga boleh menggunakannya, bukan sahaja membina untuk negara ini tetapi untuk dunia dan rantau ini," katanya dalam ucaptama pada Microsoft Build AI Day di sini, hari ini.

Pelaburan terbesar Microsoft di Malaysia - PM

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 2 Mei 2024 @ 1:26 PM
NADELLA mengumumkan pelaburan RM10.5 bilion) dalam infrastruktur awan dan AI ketika Microsoft Build AI Day di Kuala Lumpur. FOTO AFP
NADELLA mengumumkan pelaburan RM10.5 bilion) dalam infrastruktur awan dan AI ketika Microsoft Build AI Day di Kuala Lumpur. FOTO AFP