OPERASI mencari kanak-kanak yang dikhuatiri lemas di Kampung Chepor Dalam hari ini. FOTO ihsan bomba
OPERASI mencari kanak-kanak yang dikhuatiri lemas di Kampung Chepor Dalam hari ini. FOTO ihsan bomba
Balqis Jazimah Zahari


Ipoh: Operasi mencari dan menyelamat (SAR) seorang kanak-kanak yang dikhuatiri lemas di Sungai Chepor dekat Kampung Chepor Dalam, di sini, pagi semalam, ditangguhkan pada jam 7 malam tadi.

Kanak-kanak yang masih hilang itu ialah, Muhammad Deniss Ramadhan Amar Fizry, 10.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak berkata, operasi yang membabitkan pencarian di dalam sungai akan disambung semula jam 9 malam ini.

Katanya, setakat ini operasi sudah menggerakkan seramai 54 anggota terdiri daripada anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Meru, Batu Gajah, Ipoh; Polis Diraja Malaysia (PDRM), SOS Rescue Team Kamparado termasuk bantuan Unit Anjing Pengesan (K9) PDRM.

"Operasi pencarian akan disambung semula pada jam 9 malam A dengan teknik pencarian secara permukaan sehingga ke empangan yang dianggarkan sejauh 1.5 kilometer (km).

"Operasi pencarian merangkumi Sungai Kuala Pari sehingga ke Sungai Kinta dianggarkan 7 hingga 10 km," katanya.

Berita berkaitan

'Nampak dia hanyut, minta tolong' - Saksi [METROTV]

Budak hilang dihanyutkan arus [METROTV]

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 25 November 2020 @ 8:25 PM