PUSAT Pungutan Zakat-Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP). FOTO Arkib NSTP
PUSAT Pungutan Zakat-Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP). FOTO Arkib NSTP
BERNAMA

Kuala Lumpur: Beberapa petugas Pusat Pungutan Zakat-Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP) disahkan positif Covid-19.

Perkara itu disahkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif PPZ-MAIWP Ahmad Shukri Yusoff yang berkata, semua petugas PPZ-MAIWP diarahkan menjalani ujian saringan dan diletakkan di bawah pengawasan kuarantin, sebagai tindakan pencegahan dan kawalan.

"PPZ-MAIWP juga sedang bekerjasama dengan pihak KKM (Kementerian Kesihatan) dalam usaha untuk mengawal penularan bagi memastikan kesihatan dan keselamatan kakitangan PPZ-MAIWP dan orang awam terjamin.

"Pelaksanaan kerja-kerja sanitasi bagi mencegah penularan wabak Covid-19 di semua premis PPZ-MAIWP juga telah dijalankan," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Susulan itu, Ahmad Shukri berkata, PPZ-MAIWP dijangka beroperasi semula pada 28 Oktober ini.

Sebarang pembayaran zakat boleh dibuat melalui saluran portal rasmi www.zakat.com.my dan juga perbankan internet.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19


  • Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 13 Oktober 2020 @ 5:10 PM