Iman yang ditinggalkan berdua bersama datuknya di rumah terasa sunyi. - FOTO Media Selangor Sdn Bhd
Iman yang ditinggalkan berdua bersama datuknya di rumah terasa sunyi. - FOTO Media Selangor Sdn Bhd
Muhamad Shaifullah Tayep

BERDEPAN pandemik Covid-19 tidak semudah seperti apa yang kita sangka, lebih-lebih lagi apabila menjadi petugas barisan hadapan.

Ramai di antara mereka terpaksa berkorban masa dan tenaga, sehingga hilang saat manis bersama keluarga demi menjaga kesejahteraan negara.

Begitu juga dengan situasi dipaparkan filem pendek Merdeka Kita yang dihasilkan bagi menghargai jasa dan pengorbanan petugas barisan hadapan.

Menampilkan anak kecil, Iman yang terasa sunyi, jauh dan kehilangan, Covid-19 seakan memisahkan keluarganya kerana ibu bapanya banyak menghabiskan masa dengan bekerja.

Rasa sunyi

Image

Akibat terpaksa bekerja lebih masa kerana berperang dengan Covid-19, Iman hanya tinggal berdua bersama datuknya di rumah.

Sejak itu, dia terasa jauh dan sunyi tanpa ada mak ayah di sisi kerana sudah lama tidak makan bersama dan mencium dahinya seperti ibu bapa lain, bahkan langsung tidak menjawab panggilannya.

Lantas datuknya yang menyedari kesedihan Iman menenangkannya dengan berkongsi situasi sama pernah dialami beliau dan keluarganya sewaktu kecil apabila ibu bapanya keluar berperang sebelum Malaysia mencapai kemerdekaan.

"Ayah atuk dulu, Subuh lagi dah keluar. Dia pakai penutup muka, perisai dan kadang-kadang tu tiga empat hari tak balik. Cuma bezanya sekarang, musuh kita tak nampak. Lagi jauh kita pergi, lagi kita selamat," katanya.

Lama-kelamaan, Iman mula memahami kepayahan yang dihadapi ibu bapanya dan muncul dengan satu idea yang boleh digunakan ibu bapanya ketika bekerja.

Saksikan filem pendek penuh Merdeka Kita di Facebook Harian Metro untuk mengetahui idea Iman yang bakal menyentuh jiwa anda.

Kongsikan ucapan terima kasih anda buat petugas barisan hadapan kerana tanpa mereka, hari ini tidak akan ada. Merdeka ini bukan hanya untuk kita, tapi untuk mereka dan kita bersama.

Image

Ucapan ikhlas ini dibawakan khas oleh Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari.

Selamat Hari Kebangsaan!

Untuk maklumat terkini mengenai Menteri Besar Selangor, layari www.amirudinshari.com

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 7 September 2020 @ 5:43 PM