ANGGOTA bomba membantu membawa keluar wanita warga emas berkenaan. FOTO Ihsan JBPM.
ANGGOTA bomba membantu membawa keluar wanita warga emas berkenaan. FOTO Ihsan JBPM.
Nurul Hidayah Bahaudin


Kajang: Seorang wanita warga emas diselamatkan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) selepas rumahnya di Jalan Melur 1, Sungai Kantan, di sini, dinaiki air, hari ini.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi JBPM Selangor Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu jam 6.04 petang tadi.

"Seramai tujuh anggota bersama dua jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kajang dikejarkan ke lokasi kejadian.

"Sebaik tiba, kami dimaklumkan terdapat sebuah rumah didiami seorang wanita warga emas dinaiki air sehingga paras buku lali.

"Anggota bomba bertugas kemudian membawa keluar wanita warga emas berusia 86 tahun berkenaan dari rumahnya yang dilanda banjir," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 8 Mei 2024 @ 7:08 PM