MOHAMMAD  Hamdan  (dua  dari kanan)  bersama pasukan Anjing Pengesan K9. FOTO Samadi Ahmad
MOHAMMAD Hamdan (dua dari kanan) bersama pasukan Anjing Pengesan K9. FOTO Samadi Ahmad
Samadi Ahmad


JABATAN Bomba dan PenyelamatMalaysia (JBPM) akan memperkasa Pasukan Bomba Sukarela (PBS) sebagai pasukan bertindak awal dalam membantu pasukan bomba di seluruh negara.

Ketua Pengarahnya,Datuk Mohammad Hamdan Wahid berkata, pada masa ini terdapat 395 PBS yang berdaftar dan masih di bawah seliaan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS).

Menurut beliau, daripada jumlah itu ada sebahagiannya yang kurang aktif dan menyukarkan pihak JBPM untuk memberi arahan termasuk menyalurkan peruntukan sepatutnya.

"JBPM dalam proses menggubal pindaan Akta 341 dan peraturan -peraturan kawal selia PBS membabitkan pendaftaran, pemberian peruntukan danmenambah baik Prosedur Operasi Standard (SOP) yang dijangka siap hujungtahun ini," katanya kepada media selepas menghadiri Perhimpunan Bulanan Ibu Pejabat JBPM di Putrajaya, hari ini.

Turut hadir, Timbalan KetuaPengarah (Operasi) JBPM, Datuk Abdul Wahab Mat Yasin; Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan), Datuk Soiman Jahiddan Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat, NorHisham Mohammad.

Pada majlis itu turut diadakan Penganugerahan Sijil Penghargaan kepada Anjing Pengesan K9 JKDM.

Pada masa ini terdapat 14,813 anggota PBS di seluruh negara bagi membantu pasukan bomba menangani insiden kebakaran di kawasan luar bandar dan terpencil yang tidak terdapat balai bomba.

Mohammad Hamdan berkata, Akta dan peraturan kawal selia PBS yang siap digubal itu akan dikemukan kepada kerajaan untuk diluluskan agar PBS ini dapat diurus dengan lebih teratur.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 27 Julai 2020 @ 4:12 PM