ORANG awam idak melepaskan peluang merakam gambar pemandangan indah bunga Keladi Bunting atau nama botaninya Eichhornia Crasspines yang tumbuh mekar di Kolam Takungan Banjir Semabok, Melaka. Bunga ini juga dikenali juga sebagai Orkid Air di kalangan peminat tumbuhan akuatik. FOTO Iqmal Haqim Rosman
ORANG awam idak melepaskan peluang merakam gambar pemandangan indah bunga Keladi Bunting atau nama botaninya Eichhornia Crasspines yang tumbuh mekar di Kolam Takungan Banjir Semabok, Melaka. Bunga ini juga dikenali juga sebagai Orkid Air di kalangan peminat tumbuhan akuatik. FOTO Iqmal Haqim Rosman
Nazri Abu Bakar


KELIHATAN persis musim bunga di eropah. Itulah keindahan pemandangan tumbuhan keladi bunting atau nama saintifiknya, 'eichornia crassipes' yang menjadi tarikan orang ramai di Taman Semabok Perdana, Melaka Tengah.

Ternyata kewujudan pokok keladi bunting yang sedang berbunga di kolam takungan banjir Semabok itu menimbulkan rasa teruja.

Shahrul Saari, 19 dari Kampung Bukit Baru berkata, dia terkejut melihat keindahan pemandangan semulajadi di kawasan berkenaan yang dihiasi bunga keladi bunting berwarna ungu yang memenuhi kolam berkenaan.

Katanya, kolam berkenaan sebelum ini menjadi tumpuan orang ramai memancing ikan namun kini menjadi lokasi orang ramai bersantai pada waktu petang.

Menurutnya, keladi bunting itu yang mengeluarkan bunga kecil dengan kelopak berwarna ungu benar-benar menarik perhatian ramai.

"Ini adalah kali pertama saya melihat hamparan besar bunga keladi bunting melebihi saiz padang bola,"katanya.

Sementara itu, Asyraf Wahid, 17 pula berkata, ramai pengunjung yang datang merakamkan gambar kenangan berlatar belakang bunga yang menarik itu.

Dia berkata, situasi berkenaan kelihatan seperti di luar negara yang biasa disaksikan di Youtube dan filem-filem antarabangsa.

Sementara itu, seorang bekas pesara kerajaan, Mamat Rahaman Ali ,61 berkata, tumbuhan berasal dari Amerika Selatan itu pantas membiak di kawasan berair.

Katanya, rebakan keladi bunting bagaimanapun difahamkan menyebabkan oksigen berkurangan dan menjejaskan pembiakan ikan walaupun ia amat menarik dan menakjubkan.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 21 Mei 2020 @ 4:31 PM