Suliati Asri

TAMPIL dengan ciri dan spesifikasi berkuasa, OPPO melancarkan OPPO A92 bagi menguatkan lagi kejayaan siri A mereka.

Menampilkan Paparan Neo, sistem 48MP kuad kamera, reka bentuk badan 3D Kuad-lengkung, dikuasakan dengan 8GB RAM + 128GB ROM dan butang buka kunci cap jari tepi, OPPO A92 dihasilkan dengan mengutamakan ciri yang praktikal.

Menambahkan keseimbangan sempurna, OPPO juga melancarkan OPPO Enco W31 terbaharu, fon kepala TWS yang menawan keindahan audio.

Gambar yang lebih jelas dan tajam

Melengkapkan panel paparan menakjubkan pada OPPO A92 adalah sistem kuad kamera yang terdiri daripada 48MP F/1.7 kamera utama, 8MP 119° kamera ultra lebar, 2MP lensa potret dan 2MP lensa mono.

Menggunakan teknologi gabungan empat dalam satu, sensor kamera belakang 48MP direka untuk menangkap gambar yang lebih tajam dengan perincian mengagumkan.

Sistem kamera pada telefon pintar ini mampu menangkap lebih cahaya.

Dengan Mod Ultra Gelap 2.0 dan sensor 1/2" yang agak besar, ia membolehkan peranti ini mengambil gambar dengan baik walaupun pada keadaan pencahayaan rendah.

Ini termasuk tangkapan potret pada waktu malam, di mana dengan algoritma yang canggih, membolehkan kamera mengesan wajah secara automatik dan memproses ciri wajah secara berasingan dari persekitaran, lalu memastikan kecerahan bingkai optimum, sambil meminimumkan suar cahaya.

Bagi penggemar swafoto, OPPO A92 didatangkan bersama algoritma AI Beautification berkuasa yang dibangunkan OPPO.

Ciri ini menjadikan ia suatu kemungkinan untuk mengambil gambar swafoto yang nampak semulajadi melalui kamera hadapan 16MP, begitu juga dengan sistem kamera belakang telefon pintar ini.

Selain itu, OPPO A92 ini juga menyediakan Potret Malam, Potret HDR dan Kesan Bokeh Potret yang memberikan gambar potret dan swafoto ke tahap lebih tinggi.

Ditambah pula dengan ciri AI Video Beautification, ia membantu dalam menghasilkan tangkapan yang mengagumkan ketika merakam video.

Dari segi videografi pula, selain kebolehan rakaman video sudut ultra lebar dan 4K, OPPO A92 ini juga dilengkapi dengan Penstabil Imej Elektronik (EIS), memastikan video yang stabil untuk pengguna walaupun video diambil dalam keadaan bergoyang.

Kualiti prestasi dan ketahanan

Mempunyai kapasiti bateri 500mAh, OPPO A92 mampu memberi masa panggilan sehingga 34 jam, masa main balik audio selama 50 jam atau masa menunggu selama 500 jam.

Jika kehabisan bateri pula, sistem 18w Pengecasan Pantas OPPO membolehkan pengguna mengecas bateri dari 0 hingga 50 peratus hanya dalam 40 minit sekali gus pengguna dapat kembali meneruskan aktiviti anda dengan segera.

Dari segi prestasi pula, OPPO A92 dikuasakan oleh platform mudah alih Qualcomm Snapdragon 665 yang dilengkapi dengan GPU Adreno 610.

Sebagai versi terkini platform Snapdragon 660, Snapdragon 665 mempunyai empat teras besar Kryo 260 dan empat teras kecil Kryo 260 yang mana masing-masing dengan frekuensi 2.0GHz dan 1.8GHz.

Penggunaan kuasa adalah 20 peratus lebih rendah berbanding Snapdragon 660.

Secara keseluruhannya, dengan bantuan enjin prestasi Hyper Boost OPPO, OPPO A92 memberikan pengguna pengalaman keseluruhan yang lebih lancar dan pantas.

Gerbang menuju gaya hidup menawan

Tidak hanya prestasi yang hebat, OPPO A92 juga menawarkan pengalaman visual yang menakjubkan.

Peranti ini dilengkapi paparan HD+ Penuh dengan resolusi 2,400 x 1,800, ketumpatan piksel 405 ppi, kecerahan maksimum 480 nits dan reka bentuk lubang-tebukan membolehkan nisbah skrin-ke-badan yang lebih baik, secara tepatnya sebanyak 90.5 peratus.

Mengukuhkan lagi kemampuan paparan OPPO A92 ini adalah pensijilan Widevine L1, yang membolehkan kandungan HD Penuh disiarkan di platform video arus perdana seperti Netflix.

Pensijilan tambahan oleh TÜV Rheinland pada mod Paparan Penjagaan Penuh OPPO A92 ini memberikan pengalaman tontonan yang lebih selesa dalam keadaan cahaya rendah.

Bagi paparan dan keadaan pencahayaan pula, penyesuaian lampu latar AI dan Skrin Cahaya Matahari OPPO A92 akan sentiasa menganalisis kecerahan persekitaran dalam masa nyata dan secara automatik menyesuaikan lampu latar untuk kecerahan optimum.

Kecantikan yang sempurna

Didatangkan dengan dua warna iaitu Twilight Black dan Shining White, OPPO A92 nyata cukup menawan.

Reka bentuknya juga tidak mengecewakan. Badan 3D Kuad-lengkung peranti ini direka bagi memberikan genggaman selesa, manakala butang buka kunci cap jari tepi membolehkan pengguna membuka kunci telefon pintar ini dalam masa 0.3 saat dengan cara meletakkan jari pada butang kuasa.

Bagi reka bentuk pembesar suara pula, OPPO A92 adalah peranti pertama dalam julat harganya yang dilengkapi dengan pembesar suara dwi-stereo sekali gus menghasilkan kesan bunyi sekeliling dan kualiti bunyi lebih baik untuk pengalaman hiburan mengagumkan.

OPPO A92 ini beroperasi dengan ColorOS 7.1 OPPO berdasarkan Android 10.

Jadi ia menavigasi secara seintuitif yang mungkin tanpa menjejaskan estetikanya.

ColorOS 7.1 terbaharu menawarkan kontras yang dikurangkan untuk keselesaan mata yang lebih baik, penyeragaman rupa lebih daripada 200 ikon aplikasi pihak ketiga dan kini merangkumi Mod Gelap yang baharu.

Peranti ini juga mempunyai produktiviti yang besar kerana aplikasi terbina dalam yang membolehkan pengguna melakukan panggilan, menjadualkan perjumpaan, cetakan dokumen tanpa wayar dan banyak lagi.

Lepaskan kuasa muzik

Menambahkan kesempurnaan telefon pintar ini adalah kehadiran fon kepala OPPO Enco W31 yang menggunakan transmisi Bluetooth latensi rendah binaural dan serasi dengan kebanyakan telefon pintar.

Dengan reka bentuk telinga yang lebih selamat, tahan air dan debu yang lebih kuat, fon kepala ini diperkenalkan sebagai generasi baharu audio tanpa wayar.


Fon kepala OPPO Enco W31 menggunakan poliuretana termoplastik komposit dwi (TPU) dan diafragma graphene yang direka untuk meningkatkan tindak balas frekuensi.

Dua mod audio tersedia untuk muzik pop dan klasik, mod keseimbangan yang mengeluarkan audio merentasi julat frekuensi untuk rock dan EDM, mod bass yang meningkatkan frekuensi rendah.

OPPO EncoW31 juga mengandungi ruang kebisingan anti angin, dua mikrofon sensitiviti tinggi dalaman di setiap sisi, dan algoritma pembatalan kebisingan persekitaran yang dirancang untuk menyekat kebisingan latar semasa panggilan.

Keistimewaan pra-tempah

OPPO A92 kini boleh dimiliki pada harga RM 1,199 dalam warna Twilight Black dan Shining White manakala OPPO Enco W31 pula berharga RM 259 dengan pilihan warna putih dan hitam.

Pra-tempah kini bermula dari 4 Mei sehingga 8 Mei.

Menariknya, pengguna yang membeli OPPO A92 akan menerima hadiah bernilai RM298, termasuk Olike Bluetooth Speaker dan 1 tahun lanjutan jaminan.


Untuk masa yang terhad, OPPO W31 ditawarkan pada harga istimewa pra-tempah iaitu RM 199 (SRP. RM 259) sahaja.

Pengguna boleh membuat pra-tempah peranti ini di semua kedai rasmi OPPO atau secara atas talian di laman sesawang rasmi OPPO, pengedar rasmi, kedai rangkaian OPPO seperti Senheng, senQ, DirectD dan Urban Republic atau rakan e-dagang seperti Lazada dan Shopee.


OPPO A92 juga akan tersedia di semua rakan telco iaitu Celcom, Digi, Maxis dan U-Mobile.

Bagi meraikan pelancaran telefon pintar ini, OPPO kini sedang mengadakan jualan pembelian-dengan-pembelian, dengan Enco W31 berharga RM129 (SRP. RM259) apabila anda membelinya bersama OPPO A92.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 6 Mei 2020 @ 9:30 AM