OPPO

MENJADI rutin masyarakat sekarang untuk mengambil gambar aktiviti harian ke mana sahaja mereka pergi supaya memori itu boleh diingati buat selamanya.


Apatah lagi dengan adanya laman sosial seperti Instagram dan Facebook, semakin ligat golongan milenial memuat gambar ke dalam akaun masing-masing.

Bagi penggemar fotografi, gergasi telefon pintar, OPPO terus berdaya cipta dalam menghasilkan peranti revolusinya, OPPO A9 2020 dengan pelbagai keistimewaan yang menjadi tarikan golongan muda serta jenama peneraju peranti pintar global terkemuka.


OPPO A9 2020 baharu ini mensasarkan untuk mengekalkan momentum pertumbuhan OPPO yang kukuh di rantau ini. Dilancarkan Rabu lalu, model terkini ini mempunyai ciri mempesonakan pada fungsi kecanggihan 48MP Kuad Kamera bersama 8GB RAM + 128GB ROM dan keseluruhanya.

1. FUNGSI 48MP KUAD KAMERA MEMPESONAKAN!


OPPO A9 2020 hadir untuk pengguna telefon pintar hari ini yang begitu menitikberatkan kualiti dan kreativiti terutama dalam penghasilan imej mahupun video melalui fotografi serta videografi.


Paling menjadi perhatian utama pada telefon pintar ini adalah ia dilengkapi dengan tetapan Kuad-Kamera pelbagai guna, termasuk Kamera Utama beresolusi 48MP + Lensa Ultra-Lebar 8MP + Lensa Mono 2MP + Lensa Potret 2MP.

Setiap satu daripada kamera itu khusus mempunyai fungsinya tersendiri yang akan menyesuaikan dengan apa sahaja jenis sudut gambaran, senario dan keadaan sekeliling yang dipilih oleh pengguna.

2. 119° SUDUT ULTRA LUAS


Antara Kuad Kamera, terdiri dari lensa 8MP bersudut ultra lebar sehingga 119°, memberikan perspektif yang lebih luas untuk menangkap lebih perincian atau objek di dalam satu gambar dari segi komposisi dan ekspresi gambar, menjadikannya lebih mudah untuk mengambil gambar. Paling sesuai untuk digunakan pada gambar landscape atau ‘wefie/groupfie’.

3. MOD MALAM ULTRA 2.0


Ia turut menyediakan pilihan gambar tambahan seperti Mod Malam Ultra 2.0 yang berfungsi bersama sudut Ultra Lebar untuk pengguna menangkap julat yang lebih luas, hingar berkurangan dan cekap ketika waktu malam.

Gambar landskap bandar akan meningkatkan lagi kejelasan dan perincian imej melalui pengurangan bunyi komposit serta teknologi Resolusi Definisi Tinggi (HDR).

4. MOD POTRET

Filter Potret 06
Filter Potret 06

Lensa potret 2MP dan lensa mono 2MP pula, akan bergabung melakukan ‘kerjanya’ dalam penghasilan gambar sempurna. Lebih lagi, kedua-dua lensa membolehkan pengguna untuk menambah kesan retro, kasar dan atmosfera ke dalam gambar potret yang diambil, mencipta imej yang lebih diperibadikan untuk pengguna, menawarkan gaya baharu seiring dengan yang ditawarkan jenama telefon pintar lain kini.

Tatkala mengambil gambar potret , OPPO A9 2020 secara automatik dapat membezakan muka manusia dari latar belakang dan menawarkan perlindungan khas untuk potret supaya imej yang dihasilkan lebih menarik.

5. STORAN BERPRESTASI TINGGI


Diperkasa dengan storan 8GB RAM+128GB ROM prestasi tinggi, OPPO A9 2020 dibina untuk pengguna yang sememangnya amat memerlukan ruang penyimpanan data, gambar mahupun video yang besar.

A9 2020 ini juga mempunyai kapasiti yang tinggi dan pilihan memori serba boleh yang menyediakan lebih ruang untuk merakam lebih detik-detik terindah, seperti kapasiti memori tinggi 128GB . OPPO juga memasukkan pilihan tiga slot kad iaitu Dual Sim + Micro SD yang boleh memuatkan sehingga 258GB storan selain turut dikuasakan oleh Qualcomm Snapdragon set cip.

Ia juga bagi memudahkan anda menikmati pengalaman menggunakan peranti ini dengan lebih baik dan lancar seperti membuka aplikasi tertentu termasuk penggemar permainan video.

6. BATERI TAHAN LAMA


OPPO A9 2020 disertakan bateri berkapasiti 5,000 mAh yang menyokong penggunaan telefon pintar sehingga 19 jam dengan pengecasan penuh.

Sekarang, tak ada alasan lagi proses mengecaj telefon yang lama menyebabkan anda lewat untuk sampai ke tempat kerja, kelas mahupun bertemu janji. Malah, bateri berkapasiti besar ini juga menggalakkan penggunaan berterusan yang lebih menyeronokkan.

Antara telefon pintar yang di keluarkan OPPO, A9 2020 adalah satu-satunya mempunyai 48MP Kuad Kamera dan Bateri besar 5000mAH dalam lingkungan kalangan berharga RM 1200 kebawah!

7. VIDEO LEBIH STABIL

A9 2020 juga memiliki teknologi Video 4K dengan Penstabilan Imej Elektronik (EIS) dan giroskop terbina di dalam yang menjadikan video lebih stabil dan fokus.

Kini, video anda boleh diambil di mana sahaja termasuk dalam bas, kereta atau keadaan tidak sekata kerana tidak perlu risau lagi mengenai tangan anda goyah.

8. KESAN BUNYI BAGAI DI PAWAGAM


Tambah mengujakan, keupayaan kualiti muzik dan bunyi peranti ini dipertingkatkan dengan dwi pembesar suara Dual Stereo Speaker dan Dolby Atmos. Ia sekaligus menawarkan kualiti bunyi lebih jelas yang tiada tolok bandingan.

Dibina untuk kesan audio yang lebih peribadi dan mendalam, ia pastinya memenuhi pengalaman hiburan mudah alih di mana sahaja yang mendebarkan dan lengkap.

9. GAME BOOST 2.0


10. REKAAN BERGAYA


Paparan kamera adalah 31.4 peratus iaitu lebih kecil berbanding generasi terdahulu untuk skrin penuh, paparan 89 peratus dan terdapat dalam warna ‘gradient’, kesan tiga dimensi. OPPO A9 2020 hadir dengan dua warna menarik iaitu Space Purple dan Marine Green.


11. HARGA? AKAN MENGEJUTKAN ANDA

Justeru, tunggu apa lagi? Harga bagi OPPO A9 2020 adalah RM1199 dan pra-pesanan boleh dilakukan sehingga 27 September ini di semua Kedai Konsep OPPO, kedai-kedai pengedar rasmi OPPO atau secara atas talian di Laman Sesawang Rasmi OPPO, kedai rakan e-dagang Lazada atau Shopee; dan rakan kedai rangkaian OPPO Senheng, SenQ, DirectD dan ThunderMatch.


OPPO A9 2020 akan dijual bermula 28 September di semua Kedai Konsep OPPO, kedai-kedai pengedar rasmi OPPO atau secara atas talian di Laman Sesawang Rasmi OPPO, kedai rakan e-dagang Lazada atau Shopee; dan rakan telekomunikasi telefon pintar iaitu Celcom. Ia juga boleh didapati di Digi, Maxis dan U-Mobile tidak lama lagi.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 24 September 2019 @ 5:31 PM