PENYERAHAN PPE antaranya pakaian dan pelindung kepala yang dijahit kakitangan KEMAS Pulau Pinang untuk kegunaan petugas perubatan di hospital dan klinik kesihatan negeri ini. FOTO IHSAN KEMAS Pulau Pinang
PENYERAHAN PPE antaranya pakaian dan pelindung kepala yang dijahit kakitangan KEMAS Pulau Pinang untuk kegunaan petugas perubatan di hospital dan klinik kesihatan negeri ini. FOTO IHSAN KEMAS Pulau Pinang
Nur Izzati Mohamad


SUKARELAWAN Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) Pulau Pinang turut tidak ketinggalan menyiapkan 1,500 pakaian perlindungan diri (PPE) dan 400 pelindung kepala untuk petugas barisan hadapan kesihatan.

Pengarah Kemas Pulau Pinang Mohamad Zaki Ismail berkata, pihaknya sebelum itu menerima fabrik daripada pihak hospital dan klinik bagi menghasilkan PPE secara berperingkat sejak 3 April lalu.

“Kami melakukannya sebagai cabaran dan menjadi tanggungjawab untuk membantu petugas barisan hadapan yang bertungkus-lumus merawat pesakit Covid-19.

“Apatah lagi, Kemas mempunyai kepakaran dalam bidang jahitan dan inilah masa untuk menolong agensi yang memerlukan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Menurutnya, seramai 42 sukarelawan Kemas terbabit dalam program untuk menghasilkan PPE secara berperingkat.

“PPE yang dihasilkan mengikut spesifikasi ditetapkan dan diharapkan sumbangan kecil ini dapat membantu mengurangkan risiko jangkitan petugas barisan hadapan,” katanya.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 22 April 2020 @ 8:20 PM