KUALA LUMPUR 31 DISEMBER 2018. Penetapan harga minyak petrol dan diesel ditangguh sementara buat masa ini ketika tinjauan di Stesen Shell Jalan Bangsar. NSTP/AZHAR RAMLI
KUALA LUMPUR 31 DISEMBER 2018. Penetapan harga minyak petrol dan diesel ditangguh sementara buat masa ini ketika tinjauan di Stesen Shell Jalan Bangsar. NSTP/AZHAR RAMLI
Siti A’isyah Sukaimi


HARGA runcit petrol RON97 naik 13 sen seliter iaitu daripada RM2.57 seliter kepada RM2.70 seliter manakala, RON95 dan diesel masing-masing kekal pada paras RM2.08 seliter dan RM2.18 seliter berkuat kuasa 12 tengah malam ini.

Kementerian Kewangan dalam kenyataannya, harga berkenaan bagi tempoh 16 hingga 22 November berdasarkan penetapan harga runcit produk petroleum secara mingguan menggunakan formula Mekanisme Harga Automatik (APM).

“Berdasarkan pengiraan di bawah formula APM, harga runcit produk petrol RON95 dan diesel bagi tempoh yang sama masing-masing sepatutnya RM2.40 seliter dan RM2.25 seliter.

“Ini menunjukkan kenaikan dari minggu lalu bagi harga runcit produk petrol RON95 yang berada pada paras RM2.27 seliter, manakala penurunan bagi harga runcit produk diesel yang berada pada paras RM2.28 seliter.

“Namun, harga runcit bagi kedua-dua produk adalah dikekalkan pada paras RM2.08 seliter dan RM2.18 seliter selaras keputusan kerajaan untuk menstabilkan harga runcit bagi produk petroleum dan menjaga kesejahteraan ekonomi rakyat,” katanya, hari ini.

Menurut kenyataan itu, dengan pengekalan harga runcit bagi kedua-dua produk ini, anggaran subsidi yang perlu ditanggung oleh kerajaan bagi tempoh 16 sehingga 22 November adalah berjumlah RM120.58 juta.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 15 November 2019 @ 6:08 PM