GAMBAR hiasan
GAMBAR hiasan
Hazsyah Abdul Rahman


SEORANG penunggang motosikal putus kaki kanan selepas motosikal ditunggang bertembung sebuah kenderaan pacuan empat roda di Jalan Sapi Nangoh di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Beluran, Superintendan Kasim Muda berkata, kejadian kira-kira jam 3.30 petang itu, turut menyebabkan lelaki berusia 28 tahun itu cedera parah.

Katanya, sebelum kejadian tayar depan kanan Ford Ranger dipandu lelaki 38 tahun itu pecah menyebab kenderaan itu hilang kawalan.

Menurutnya, keadaan itu menyebabkan ia terbabas ke lorong bertentangan dan merempuh motosikal ditunggang mangsa.

"Penunggang motosikal digilis dan mengakibatkan kaki sebelah kanan mangsa terputus.

"Mangsa kemudiannya dihantar ke Hospital Duchess of Kent Sandakan untuk rawatan lanjut.

"Dalam pada itu, siasatan awal mendapati tempat kejadian berlaku di laluan selekoh serta lorong dua hala," Katanya dalam satu kenyataan media, hari ini.

Kasim berkata, siasatan diteruskan mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 5 January 2020 @ 1:34 PM